Tuesday, May 17, 2011

jangan lah sombong dan bongkak

1. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara.

2. Entah esok atau lusa, kita akan pergi meninggalkan segala apa yang kita ada di dunia ini.

3. Tidak seorang pun tahu bilakah malaikat maut akan datang mencabut nyawanya.

4. Hidup di dunia ini, banyakkanlah berjasa dan berbuat kebaikan.

5. Hindarkan sikap sombong dan bongkak kerana ianya hanya merugikan diri kita sendiri.

6. Ingatlah, segala ilmu dan kepakaran yang kita perolehi adalah datangnya daripada Allah s.w.t.

7. Apabila seseorang itu bertanyakan sesuatu kepada kita, janganlah kita berlagak sombong dan tidak membantu orang yang meminta pertolongan.

8. Jadilah seperti pohon padi, semakin berisi, semakin menunduk.

9. Dan janganlah jadi seperti pohon lalang, semakin tinggi, semakin sombong dan bongkak.

10. Peringatan untuk diri sendiri,

No comments:

Post a Comment