Monday, March 28, 2011

last last

Cibai-cibai Dari kecil lagi, aku mempunyai pelbagai cita-cita. Maksud aku, bukan semua cita-cita itu masih menjadi cita-cita aku sehingga sekarang, tapi maksudnya cita-cita aku sering berubah sejak kecil. Masa 9 tahun, aku pernah menyuarakan hasrat aku untuk menjadi penjual karipap pada mama aku, dan dia memberi sokongan sambil ketawa. Sebagai seorang darjah 3 yang comel, aku langsung tak faham kenapa dia ketawa bila aku cakap nak jadi penjual karipap. Jadi 3 hari selepas itu, aku berhenti bercita-cita menjadi penjual karipap dan bertukar kepada ingin menjadi penyelamat dunia. Pengaruh terbesar aku ketika itu ialah, cybercop. Tumbukan Halilintar, FTW!! Binatang cita-cita ni, sering bertukar-tukar dan berterusan. Dari nak jadi doktor haiwan, lepas layan Space Jam, rasa nak jadi basketballer pulak. Layan Nirvana, rasa nak jadi Kurt Cobain. Asal main PS, terus nak jadi skateboarder. Sungguh. Aku dari dulu sampai sekarang, mudah taksub dengan benda yang aku rasa best. Pernah jugak sekali, kalau tak silap, aku bercita-cita nak jadi pembunuh upahan lepas layan Roda-Roda Kuala Lumpur. Cilake. Tapi lepas aku masuk Sekolah menengah, aku rasa sudah tak relevan lagi aku berperangai kebudak-budakan seperti bertukar cita-cita selang 3 hari macam masa sekolah rendah dulu. Jadi, aku membuat keputusan, untuk bertukar cita-cita.Dan nampak gayanya kali ini aku lebih serius dalam membuat keputusan. Here it goes. Tingkatan 1 : Pencari harta karun professional (Ya, Indiana Jones, Lara Croft. Kau tak layan? What a loser!) Tingkatan 3 : Doktor sakit puan (What the hell, buku teks 'Science Form 3' patut lebih 'real' dan kurangkan censored) Tingkatan 5 : doktor (Biasalah, SPM candidate yek yek kelas sains!) Masuk Kolej aku rasa tindakan aku bertukar cita-cita ni, sebenarnya membuatkan aku konfius dan tertekan. Apabila tertekan, contohnya tertekan double-click semasa mengisi borang UPU, hanya menyebabkan aku menjadi seorang depressed loser. .Why the fuck am I taking the fine fucking art there? Never be on my ambitions . last last aku duduk rumah goyang kaki.bajet macam PENGANGGUR JUTAWAN.lepas ni nak carik tokek bawak jual.untung aku share dengan korang,bye.

Sunday, March 27, 2011

kawan ku PARIS HILTON

If we ever seperate, It'll have to be certain fate. No matter what,your my best friend, As the chant goes'Forever to the end'. You are my very best friend When we fight, I fight tears. Not to mention my fears of losing you, We may grow apart, And drift away, But I will always remember you as my best friend forever. Always, Like the chant goes, Forever 'till the end, You'll always be my best friend anne sayang,i love you with all my heart.

Tuesday, March 22, 2011

nak cinta

Cinta dulu vs Cinta sekarang



Assalamulaikum...

seingat aku masa zaman kecik-kecik dulu ade la satu kes yang amat menggemparkan di kampung aku. kes nya bukan la gempar sangat kalau benda tu berlaku sekarang. peristiwa yang berlaku tak lain dan tak bukan ialah ada sorang gadis kampung aku mengandungkan anak luar nikah. masa tu satu kampung heboh, pergi je mana-mana pun mesti ada orang duk cerita pasal benda tu. bukan main heboh lagi, keluarganya habis malu. malu nak keluar rumah, malu nak kekedai ekoran peristiwa itu. tapi sekarang lain pulak jadinya, benda-benda macam tu dah jadi macam perkara biasa. dah tiada apa yang nak disorokkkan lagi, dah jadi macam perkara tu bukan satu kesalahan. entah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang...


mari kita cuba tengok apa bezanya antara cinta dulu dan cinta sekarang..

CINTA DULU dating tempat terang..
CINTA SEKARANG suka jumpa malam-malam..

CINTA DULU hukum Allah didahulukan..
CINTA SEKARANG agama letak dibelakang..

CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..

CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..

CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..

CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan

kawan kawan selalu pesan suruh carik pasangan.cakap pakai mulut mmg senang.kalau carik bf macam korek hidung bolehlah.payah tau tak.im waiting,hehehe

Sunday, March 20, 2011

petanda uolss jatuh


ok pertama sekali abaikan tajuk entry saya tu
tajuk sebenar entry ni ialah 10 signs you are in love

when we are talking about love. semua orang ada argue mereka sendiri betul?

ada yang cinta sebab nak duit nak tolong jadi gillette terbaik untuk pasangan dia.
ada gak yang jeles tengok orang lain ada bf or gf yang boleh manja manja segala so they decide nak carik sorang jugak dengan hajat dapat manja macam tu. niat dah tak betul dah.haiyooo
ada yang bercinta pasal ikut trend saja.sekarang kalau orang takde kakasih hati dianggap noob atau erti kata lain loser lah dalam dunia.apakah aku loser?(takde ni andaian zaman hingus hingus je ni) (single la paling cool kan?persatuan single single sedunia sekalian cepat sokong saya :P)
ada yang bercinta sebab nak ada teman lah bila mereka keluar nanti. pasangan mereka telah digunakan secara tak langsung.shit org macam ni kan. tahu tahu sebenarnya ada bini dah.errrkkkk
ada yang bercinta sebab dia rasa sunyi bila single. henset pasang message ringtone paling kuat di alam semesta pun tapi bila bukak last2 operator celcom atau maxis atau digi yang hantar suruh jelaskan bil secepat mungkin.shit hampa je kan?anne nordin terasa lagi ni,HAHA HAHA
ada yang bercinta sebab niat nak cari isteri niat nak cari suami yang boleh bimbing keluarga dan anak beranak keturunan segala nanti. Tapi kalau korang carik bakal bakal pasangan masa korang gi clubbing tonggang tonggang arak peluk peluk sosial segala. buat apa kan? lu pikir la sendiri lu olang semua pun suda besar sudah pandai liao.

so boleh beza kan tak mana cinta mana satu mainan cinta?
okay sekarang boleh proceed dengan topik sebenar. Bila cakap pasal love semua orang pun pernah rasa kan. Yang tak pernah kapel tu tak payah nak sedih sangat cinta comes from segala aspek bukan partner je. love dari family you love dari Allah swt love from friends.so tipu lah semua belum pernah bercinta kan?

Kalau bercinta ni seboleh bolehnya tiap tiap hari nak call msg tanya buat apa dah makan ke dah tidur ke dah mandi ke dah berus gigi ke dah cuci rumah ke dah cuci lantai ke dah berus jamban belum?nanti i balik check you tak siap lagi memang kena lah you.HAHA HAHA

punyalah concern habis kat partner memasing kan? seboleh boleh malam tu baca message si dia yang korang simpan dalam inbox -tak moh-delete-delete-sampai-bilabila-....ada yang kalau kredit habis ke apa dengan muka tak malu pinjam phone kawan nak gayut ngan si dia sampai 4 5 jam habis naik bil kawan..kesian kawan tu dah la single bil phone naik pulak dah.tak pasal pasal

Ada yang kalau bercinta satu kolej or satu universiti memang asyik nak bersama je 24 jam. berkepit je dari pagi subuh tu kalau boleh nak jemaah sama lah kan sampai lah malam supper, nak tutup mata baru lah berpisah tapi tu pun dah sedih sedih cakap "alaaa nanti i rindu kat you lah kalau you letak phone i tak dapat dengar dah suara you yang tuuutt tuuuttt tuuuttt" alamak sekali kredit habis pulak dah? heeee esok jumpa merajuk merajuk pulak tak nak duduk sama segala jarak kena 4 kilometer jauhnya paham?HAHA HAHA


nah ini dia tanda tanda korang semua dah jatuh tangga cinta uols!


10) ok kita start dari 10 dulu ye?HAHA HAHA.kamu akan rasa tidak tenang bila bersama dengan dia. rasa nervous je. sakit perut lah nak muntah lah macam stage fright punya penyakit pun ada tapi padahal kamu duduk lepak mapley je dengan dia. jantung punya lah laju berdegup berdebar je bila dia ada kat sebelah kan?

9)kamu tersenyum bila terdengar suara dia atau bila ada kedai makan yang ada nama dia.HAHA HAHA

8)bila date dengan dia kamu memang nampak dia je. eventhough beratus ratus orang sekeliling kamu tapi spotlight hanya untuk dia.aww sweet nya nyah!!

6)cuma dia yang ada dalam kepala otak kamu. bukan lah statistik bukan lah keluk keluk permintaan penawaran edgeworth bukanlah teori teori segala badai~only us only you~~~

5)you realize yang kamu sering tersenyum lebar bila nampak dia. tak kira lah dari wallpaper handphone pun tersengih sorang sorang.cinta itu gila.boleh lah pakai kan

4)kamu akan buat apa saja asalkan dapat jumpa dia. sanggup redah hutan belantara sanggup keluar masuk redah lautan berapi keluar masuk mulut buaya dan lain lain lah. just to see his/her smile..sanggup buat semua.adehh parah noxx orang jatuh cintan nih.

3)bila kamu baca post saya ni. cuma ada sorang je dalam fikiran kamu semua. siapakah?


2)kamu sibuk berangan angan melayang layang ke planet lain sampai kamu tak perasan bahawasenya list no 7 tidak disenaraikan.hah!kantoi daahhh

1)cuba kamu kamu sekalian scroll balik dari no 1 sampai lah no 10. agak agak siapa yang muncul dalam kotak fikiran kamu kamu semua? saya? adalah woaahh rahsia kerajaan tak boleh bagitahu. (TRAVIE MCCOY kott? haha malu i)




p/s kalau dah kronik sangat penyakit cintan ini sila dapatkan rawatan dengan kadar segera iya?kalau boleh masuk wad emergency terus ok?risau risau HAHA HAHA






o romeo romeo where art thou romeo?
= mana romeo aku ni?

Friday, March 18, 2011

yang mana anda?

love , is one big word kan

1) kepada kawan saya yang = single
love is like butterfly. lagi kau kejar dia lagi dia lari terbang terbang jauh dari kamu. tapi if kamu biarkan dia terbang just let it fly, dia akan datang kepada kamu when you least expect it. love boleh buat kamu happy bahagia betul tapi selalunya akan menyakitkan TAPI love adalah sangat special bila kamu bagi kepada orang yang betul betul menghargainya. SO all the single ladies/man take your time and choose the best.


2) kepada kawan saya yang = tak berapa nak single
love bukanlah menjadi DIA punya "perfect person" tapi love is finding someone yang boleh tolong kita menjadi yang terbaik untuk diri sendiri tanpa ubah apa apa about ourselves.

3) kepada kawan saya yang= playboy/girl typo
never say "i love you" if actually you dont care. jangan cakap pasal perasaan jika perasaan itu sebenarnya tidak pernah ada. never touch a LIFE a SOUL a HEART kalau kamu sebenarnya nak break thy heart. NEVER NEVER EVER LOOK IN THE EYE bila apa yang kamu buat dan katakan adalah sebenarnya kosong.


4) kepada kawan saya yang = status=married
love is not about "ni semua salah awak" TETAPI "minta maaf". BUKANLAH "awak kat mana" tetapi "im always here". BUKANLAH "sampai hati you buat i macam ni" tetapi adalah "saya faham.". BUKANLAH "i wish you were ......(rich, handsome etc)" tapi adalah "saya bersyukur saya ada awak dalam hidup saya"

5) kepada kawan saya yang = status=engaged
makna sebenar KESERASIAN bukanlah bergantung pada seberapa lama kita kenal atau bersama tapi adalah keserasian kita bersama walaupun sekejap. kalau bersama lama-lama tapi sebenarnya tak serasi tak guna jugak betul?


6) kepada kawan saya yang = hati berkecai cing cing cing
perasaan kecewa hati hancur berkecai cing cing cing akan sentiasa ada dalam hati kamu jika kamu biarkan hati kamu disedih di toreh toreh hati kamu. do not let your feelings cut a deep hole inside your heart.DONT ALLOW THEM! the challenge is bukanlah kamu berlawan dengan perasaan sedih cing cing cing itu tapi adalah bagaimana kamu overcome perasaan sedih itu. learn from it not allow them in.

7) kepada kawan saya yang = possessive
iya saya tahu memang retak pecah hancur hati kamu kamu bila tengok orang yang kamu sayang gila dulu dah berbahagia dengan orang lain TAPI kamu perlu ingat yang lebih mengecewakan bila kamu tahu yang dia tak bahagia bersama dengan kamu. biarkan saja.*bunga/kumbang bukan sekuntum/seekor-


8) kepada kawan saya yang = takut untuk mengaku
love hurts bila kamu putus breakoff dengan seseorang itu. Tapi ianya lebih menyakitkan bila dia yang memutuskan hubungan itu. Tapi paling paling menyedihkan is bila yang sebenarnya DIA LANGSUNG TAK TAHU APA APA TENTANG perasaan kamu terhadap dia. dah dah pergi je lah cakap tak payah nak takut takut, kalau kamu ikhlas, buat apa nak takut.

9) kepada kawan saya yang = masih berharap
perkara yang menyedihkan pasal love is bila kamu jumpa DIA kamu fall in a deep hole of love and akhirnya kamu tahu dan kamu tersedar bahawa dia bukan jodoh kamu dan kamu telah menghabiskan bertahun tahun pada orang yang tidak sepatutnya miliki kamu. if he/she isnt wort it NOW he/she not gonna to be worth it a year or even million years from now. LET GO....JUST LEARN TO LET GO

JUST LEARN TO LET GO.CAPSLOCK NI ADE MAKNA NI.INGAT SUKA SUKA JE KE?SAPE HEBAT TEKE SEBAB APA?HAHA HAHA.sape makan julap bontot dia yang tercirit cirit :)

Friday, March 4, 2011

kenapa singgah


Am i a bad shooter? Because i've always missed you.
Kalau nak lari, boleh. Tapi mula-mula i nak cakap, sorry sebab layan u macam obses sangatt. Macam, "why are u so obsessed with me? Sooo, sooo, ohh, ohh, soo sooo". I macam susu masam yang atas lantai dah basi tak berlap. Mungkin sebab u tak masukkan dalam fridge tak pun, u lupa tutup pintu fridge sebab tu i masam? Ke sebab tak pakai deodoran lalu ketiak masam? Ok takpe.

Kalau i boleh jadi romantis. Euw geli. Okeh, kalau i boleh jadi sweet, bak kata anne, "tweetnyeee tweet tangatt," i boleh bina satu tempat untuk u dengan i lari. Lari je. Jalan tak boleh. Satu tempat untuk kita lari dan tempat tu jadi dunia i yang best sekali. I pun boleh jadi shuwitt shangait, i boleh jadi perempuan kegemaran u. Dalam facebook, you boleh kelik "Like" banyak banyak dekat i. Sampai macam tu punya kegemaran. Kita pun bahagia selamanya dengan kelik banyak banyak "Like" sampai akhir zaman. Mengaku sekarang, sweet kan?

I pun boleh jadi sweet. Dari seorang shytan, i boleh jadi baik. Apa-apa benda yang annoying i buat dekat you, bukan nya sengaja. Tapi terbuat. Kita boleh perbaiki ini! Kita boleh betulkan keadaan dari awkward jadi soulmate. Bila dua-dua soulmate, kita boleh makan chicken soup dan baca chicken soup for the teenage soul sama-sama sebelum tidur. Tengok, banyak perkataan soul. Mengaku sekarang, sweet kan?

U memang selalu mengecewakan i banyak. Banyak sangat sampai hati basah boleh jadi kering. Sampai kain basah takpayah sidai masa tengah hari. Sebab masa malam pun boleh kering. I tau contoh ni busuk. Tapi bila cakap pasal u, memang i selalu jadi busuk. Sebab malu dan lidah terkelu jadi semua contoh yang keluar selalu tak sweet. Tapi, masa sekarang dah gila. Masa dah gila lah u. I pun dah gila nak tunggu u datang selamatkan i dari masa yang gila ni. Bila kita nak berpijak di atas bumi yang nyata? I tau, u layan macam nak taknak. Tapi, i layan macam naknaknak, jadi macam mana sekarang? Sebab i nak sangat bawak u pergi tempat yang i cipta dalam mimpi ni. Di mana kita berdua boleh lari sampai tak perlukan oksigen untuk bernafas. Sebab bila i lari sebelah u, u lah oksigen sebenar.

Mengaku sekarang, tak cukup sweet ke ni?


deria bercinta aku hilang dah.setahun lebih aku tunggu rasa cinta datang balik.semua kau sapu habis isi hati.dah takde apa nak muntahkan lagi.pulangkan hati aku.boleh?

Thursday, March 3, 2011

sentap mak nyah

Sebenarnya aku tak kisah pun aku takde couple. Macam orang lain yang takde couple bila tengok couple kat luar dorang rasa jeles. Tapi aku tak. Aku tak rasa jeles pun. Kadang-kadang aku rasa geli ada lah sebab dah macam laki bini je aku tengok. Kadang-kadang ada jugak aku rasa macam "Awww......sweetnya couple ni" Kadang-kadang jugak aku rasa macam "Bestnya ada boyfriend yang sayang kita" Tapi tu laa. Tu semua kadang-kadang je aku rasa.

Bila cakap pasal cinta ni aku sebenarnya sangat clueless sebab aku memang tak tahu apa itu cinta. Serius dowhh. Aku blur gila kalau bab-bab cinta ni. Yelah kaan, bercinta pon tak habis. Sebab kawan-kawan aku yang pernah bercinta semuanya at the end menangis sebab boyfriend diorang, sebab diorang dah clash lah apa laa. Sebab tu aku takut nak bercinta lagi. Aku takut nak rasa sakit dalam bercinta. Sebab aku rasa macam agak bodoh menangis sebab lelaki which is not even my husband.serius kott dari pengalaman aku sendiri dulu.tapi kalau nak diet berkesan mmg time putus cinta.dari 38 wa jadi 33 der,lu bayangkan lah.

Pada usia dua puluhsatutahun ni, aku tak nampak lagi lah mana-mana lelaki yang serius dalam hubungan diorang. Ada tu memang ada. Tapi tak ramai. A few je kot.kalau setakat lu orang pakai papa mama papa mama wa dah rase nak hentak je pale lu bhaii.bukan kate wa jeles der tapi tu zaman bila doh.memang tak lah weh.baru baru ni kawan aku putus cinta.padehal punya lah setia.tu susah sekarang ni setia sangat pon tak boleh.lu org nak yang sempurna lu cermin muka lu dulu der.

Aku pun takut bila aku dah start cinta kat mana-mana lelaki, aku dah start sayang kat dia tapi cinta kami tak kesampaian. Dah bercinta macam orang gila, buatnya kitorang takde jodoh memang menangislah aku. Aku pon takut kalau kehilangan orang yang aku sayang. Ini yang paling aku takut. Aku takut gila hilang orang yang aku sayang. Sebab tu aku takut nak bercinta.

Pada aku lah kan,cinta hanyalah permainan buat kita. Sebab kita tak tahu apa itu sebenarnya cinta. Cinta bukan semata-mata "I love you". Cinta juga bukan semata-mata kissings, hugs, and making love. Cinta juga bukan semata-mata "I miss you, sweetheart" Tapi cinta lebih daripada itu. Kadang-kadang cinta ini tak perlu nak diungkap kerana ia adalah melibatkan perasaan. Cinta tak perlu dilafaz, tapi perlu dizahir. Semua orang boleh cakap "I love you" tapi tak semua orang boleh cakap "I love you" dengan perasaan dan tak semua orang boleh rasa.

Kalau melibatkan hati dan perasaan ni, aku tak reti lahh. Sebab tu aku serahkan segalanya pada Tuhan untuk tentukan jodoh aku. Siapa pun jodoh aku, akan ku terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. Sebab aku tahu, ada sebab kenapa dia untuk aku. Maknanya dia adalah yang terbaik untuk aku. Tuhan Maha Mengetahui. Maka, aku berserah padaNya kalau nak cakap soal cinta dan jodoh ni semua.