Saturday, May 14, 2011

perempuan

siapa hebat?
ada seorang perempuan (jenab bukan nama sebenar). cantik. atau. dia rasa dirinya cantik. punya seorang kawan (milah juga bukan nama sebenar. hanya 1 huruf yang sama). hodoh. atau. dirasakan dirinya hodoh oleh jenab.


katanya,


jenab dan milah sahabat baik.
mana mungkin. kalau memang sahabat baik mana mungkin sanggup jatuhkan sahabat sendiri.


apa motif? apa rancangan jenab? yang pasti. dia bukan hos rancangan terkenal kelab pop.


dua kemungkinan. dengki? busuk hati? suka-suka? oh. 3 kemungkinan.


jenab selalu bilang "banyak-banyak kawan aku, kau seorang yang tak cantik"
jenab selalu kata "bila ada aku dalam gambar. gambar tu jadi cantik"
jenab juga selalu kata "ramai kawan-kawan lelaki aku menyesal bila tak takel aku awal-awal. kan dah melepas. hik hik"


apa perlu kah ungkapan-ungkapan itu?


lalu diambil oleh milah sebuah tukul besi bersama paku pakis untuk dihempuk pada kepala jenab.
....................................................................................................................................................................
kalau sahaja itu benar.


kenapa perlu ada dalam dunia ini sahabat yang menjatuhkan?
namanya juga dunia.


jalan terus. usah peduli orang begini. banyak lagi perlu difikirkan.

1 comment: