Monday, November 29, 2010

sebab

1.bercinta kerana kasihan
2.bercinta kerana terikut-ikut
3.bercinta kerana nafsu
4.bercinta kerana paksaan
5.bercinta kerana kemenangan

tak kisah ape sebab korang bercinta.yang aku tau aku kene carik jodoh sebelum umur aku makin meningkat.HAHA HAHA

Sunday, November 28, 2010

ke kubur


bila cakap pasal mati memang aku dah lama mati dalam dunia yang aku reka sendiri.hidup ibarat kain putih.kita lakarkan corak dan mewarnai kehidupan.tersilap langkah,tuan punya badan menjadi mangsa.

diam diam diam,aku mula meletup.macam kau cakap kau pon bersabar.kita manusia.akal pendek.sedar tak sedar semua manusia tak sama.jgn pernah bangga dengan apa yang kau ada.sekali tuhan tarik jgn pernah kau pandang kisah lalu.

aku cakap dari apa yang aku dah rasa.sebab itu hak aku.jangan membantah jangan memberontak.ini kisah aku.bukan kisah engkau.

aku perlukan ubat penenang.DADAH mungkin .

Thursday, November 25, 2010

manusia

kisah di suatu pagi indah di hari jumaat yang mulia
seorang budak lelaki kecik sedang menunggu bas sekolah ditemani ibu tersayang

kenderaan lalu lalang
si budak kecik rajin memerhati

dari jauh budak kecik nampak sebuah motor ditunggang oleh Pak Lebai baru balik dari kuliah suboh rasenye

salam diberi,sibudak kecik menjerit
"pak lebai cantik la serban,nanti adik nak pakai jugak la"

Pak Lebai tersenyum janggut memerhati si kecil yang naif dan lincah


Pak Lebai sampai dirumah,terkejut sebab ada seekor kucing melepaskan hajat dalam kata lain berak..huu
dengan selamba Pak Lebai ambil batu dan baling ke arah kucing itu

tercicir-cicir dan terkangkang kucing itu melarikan diri dari Pak Lebai

dalam tengah menunggu bas tadi,budak kecik memerhati rumah sebelah

awek cun yang baru balik dari kegiatan malam dihantar boifren tersayang

baru balik clubbing lah kot tu

budak kecik yang memerhati ditarik ibu

"jangan tengok kakak tu lama-lama,kakak tu jahat, bohsia tu"


awek cun yang belum sempat masuk kerumah,
membelek dan membelai seekor kucing yang terlantar di halaman rumahnya
rasa kasihan sebab kaki kucing tu lebam
kesan lebam itu seperti dibaling batu
awek cun teros masuk kedalam rumah mengambil minyak gamat
dan menyapu kat kaki kucing tadi
siap bagi makan dan minom

budak tadi tengok je dari jauh gelagat si awek cun yang jahat
kata ibunya tadi la
sedang asyik memberi kucing itu makan

Pak Lebai yang asyik menyiram bunga di pagi hari
sempat meyimbah-nyimbah air kearah kucing-kucing yang cuba lalu dan datang ke kawasan rumahnya

pak lebai risau,rumahnya nanti dikotori najis kucing

sekarang anda nilai lah


aku JAHAT.kaulah yang BAIK!!!

Monday, November 22, 2010

jodoh

sekarang ni ramai yang mempersoalkan tentang teman hidup.bukan kata semua lah tapi keseluruhan.teman hidup tak lah semudah yang kita sebut melalui mulut.memang ada orang tukar pasangan macam tukar baju.kita tak boleh nak salahkan mereka meraka yang sebegini rupa.mencari yang terbaik bukan lah dianggap mencari yang PERFECT.tetapi hati masing masing mahukan citarasa yang berbeza.

bagi aku pula.terakhir aku merasakan cinta lebih kurang setahun yang lalu.cinta yang buat aku rasa bahagia dan cinta jugak yang buat aku terseksa.ditinggalkan tak seperit perasaan yang meninggalkan.

mencinta orang yang tak mencintai kita adalah perkara paling sia sia.mmg aku paham dan aku sangat paham.bukan tak mencuba orang yang ada disamping aku ketika aku susah dan senang tapi bagi aku masanya belum tiba.hati aku terikat pada kata kata kau yang aku akan jumpa orang yang boleh bahagiakan aku lebih dari kau.

aku tunggu hari demi hari.kalau boleh aku nak kau sendiri mengerti.aku nak kau sendiri ingat janji kau pada aku.bukan aku obses tapi kau tentu paham sebab kau pon penah rase obses macam aku jugak sekarang kan?

Saturday, November 20, 2010

lesbian

kawan baik?mesti semua orang ada kawan baik.kawan baik bukan bererti tak pernah bermusuh,tapi kawan yang baik adalah apabila bermusuhan,dia datang kembali menjadi kawan.terima kasih pada ALLAH.saya dapat kawan baik saya semula.bak kata orang air dicincang tak kan putus.awak kawan terbaik ;D lepas ni mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena.dah macam orang baru baru nak bercinta.



hai kembang.pendek tak penah lupa kembang tau.lepas ni jumpa awak balik mesti rasa macam blind date kan awak kan.i love u shazmeen.

Friday, November 19, 2010

kecil

malam ini, biar aku bercerita. suatu kisah, mungkin indah, mungkin juga tidak. yang aku hamparkan ini bukan kisah aku. aku hanya bercerita. bukan ikut suka dan rasa, tapi hati yang berkata. kata aku serius ikut masa. adakalanya, aku tidak seserius itu. adakalanya, aku suka menyangkal suatu yang betul. adakalanya, aku senyap. bukan bermaksud aku tidak faham apa, tapi mungkin itu jalan yang terbaik. senyap dan senyum.
merajuk hati si anak kecil mencari pasangan patungnya untuk kembali bersatu.terpendam di hati si anak kecil untuk merisik khabar apakah keadaan temanya di sana.aku disini engkau dimana.biarku simpan sebagai tanda.tanda kita pernah berbahagia.

hanya kisah anak kecil tanpa anak patung. mungkin kisah ini kisah aku.


anak patung ni hadiah dari kau untuk hari lahir aku.yang boboy untuk aku.dan gegirl pulak pada kau.masih kau simpan lagi?

Wednesday, November 17, 2010

buah hati


Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.Walaupun bukan mama yang mengandungkan onie.Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.
Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.

Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang korang gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

p/s;onie curik gamba mama dalam laptop dia.tgk! mama pon pandai yek yek webcam tau.mama mama zaman sekarang mmg cool lah ;D i love u mama <3

QURBAN ATAU KORBAN



jason mraz with colbie coillat-lucky
taylor swift-love story

aku teringat masa dulu kala kau nyanyi lagu ni dan translate dalam bahasa melayu buat aku rasa kau sangat comel kau tau tak.

dah dekat setahun dah,tapi kau tak pernah hilang dalam ingatan.pergilah kasih pergilah cinta.yang tinggal puisi cinta kita berdua bersemadi di lubuk hati lurah durjana.sepedih mana hati menahan seperit mana rasa ditanggung,aku tahu cinta aku hanya untuk engkau.selamat hari raya aidil adha.tulus ikhlas dari saya izzaty shazwani idris.

Sunday, November 14, 2010

berita baik atau berita buruk


1)Yang satu tak terjaga,ada hati nak yang kedua!

2
)Umo dah tua bangka dah,tak sedar diri

3)kubur dah kata mari,rumah dah suruh pergi lagi nak menggatal


Di atas adalah antara spesis jawapan yang para isteri beri kepada suami yang memohon sama ada secara langsung atau secara kantoi untuk bernikah lagi. Dengan erti kata lain (TAK BOLEH LAH MANGKUK!)

Sangat jarang dan sukar kita nak dengar si isteri bagi respon yang paling manja bak kata omputeh sweet sangat seperti ini

1)boleh bang,kawinlah.boleh juga saya ada teman nak ajak berborak

2)kalau abang kawen,jaga madu saya elok elok.jgn lukakan hati dia

3)nanti dah kawen.kita semua duduk satu rumah.senang kan abang jugak

Tapi cuba tiba tiba lah.satu malam si isteri bersimpuh depan suami dan berkata."abang,sayang tgk gaji abang ni dah berlebih lah.kita pon hidup anak beranak bukan nya guna apa sangat pon.apa kata abang bernikah satu lagi?"

agak agak si suami nak jawab ape ha kawan kawan?silap silap mati terkejut.


p/s:onie nak bakal suami onie kawen banyak banyak.boleh onie dapat payung emas.HAHA HAHA

Friday, November 12, 2010

coca cola

sudah tentu sejenis minuman.yang kadang kadang menjadi addicted kepada seseorang tak kira tua atau muda.ade sampai aku tgk masa dekat hostel dulu sanggup simpan syiling pasal setiap hari nak beli airtin coca cola kat mesin gedegang(mesin airtin tu lah)

tadi ada baca link pasal kelebihan coca cola.aku pon tak percaya mulanya.banyak jugak kebaikan dia

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

tapi korang kene ingat jugak.coca cola ni baik untuk kegunaan luaran je.cuma kalau coca cola ni masuk dalam perut korang.apa yang jadi?kita pon tak tau kan.pegi scan tgk sendiri lah.

walaupun aku tak gemar sangat minum minuman bergas tapi aku terpaksa minum time aku tengah datang bulan(period) sbb memudahkan pengeluarkan supaya lebih cepat dan kurang tekanan.


SEDAP

tajuk pon kalau korang baca mesti korang agak SEDAP untuk lihat apa kandungan nya.sedap mengandungi pelbagai maksud yang ditafsir oleh beberapa golongan dalam abad ini.check it out ;D

ayat 1
weyh,terliur aku tgk aiskem tu macam SEDAP je.

ayat 2
aku dah baca dah buku ni.isi dalam dia mmg SEDAP

ayat 3
kau jangan nak SEDAP SEDAP je maen tuduh aku bukan bukan.

ayat 4
fulamak,badan minah ni mmg SEDAP

ayat 5
SEDAP sayang?aah bang sangat SEDAP

sebenarnya mmg kita rasa dialong kat atas ni berbeza padahal sebenarnya sama je.SEDAP melambangkan keseronokan kepada setiap individu tidak kira ditujukan untuk makanan atau perbuatan.fikiran yang sempit membuatkan perkataan kita disalah tafsir.okay semua.selamat menyedap.opsss. ;D

Thursday, November 11, 2010

ubat ketiak

orang zaman sekarang pentingkan kecantikan yang dapat dipandang oleh mata kasar dan dinilai dari luaran.

dari segi contoh yang aku nak kongsikan dengan korang.mari kita sama sama terjah ;D

SITUASI PERTAMA
mamat A terserempak dengan gadis B dari jauh.mmg bergetah habis.rambut panjang ikal mayang.senyuman manis mencairkan setiap lelaki.apa lagi si mamat A ni kompem kompem la nak buat buat terserempak dengan gadis B(trick nak mngorat la konon)sekali lalu je sebelah gadis B masyallah nauzubillah bau badan.lu pikir la sendiri.

SITUASI KEDUA
mmg jadi lumrah manusia ada segelintir yang tak mahu terima kekurangan diri.bukan nak kata apa la.perangai aku sendiri pon macam tu kot.tapi dalam kisah ni lain ragamnya dimana tak nak sedar diri sendiri badan berbau.kalau orang tegur mula lah buat muka.melenting tak tentu pasal.ini untuk kebaikan kau jugak.

SITUASI KETIGA
seperti hari hari biasa,dalam satu minggu terdapat hari yang paling dinantikan oleh setiap pasangan(yang sudah berumahtangga)hari khamis malam jumaat.lampu rumah yang sentiasa terang sampai tengah malam,lepas isyak je dah tutup.lagi lagi kalau pekena tongkat ali dengan kacip fatimah.HAHA HAHA.tapi ape kes baru nak mula je salah seorang dari pasangan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.tak kisah lah lelaki mahupun perempuan.alamatnya tertangguh lah kamu pada hari tu.sabar jelah nasib badan ;D

p/s:tak perlu lah nak beli minyak wangi berjenama atau pergi ke spa untuk mandian wangian,.cukuplah sekadar kita bersihkan diri dirumah dan memakai ubat ketiak atau dengan kata sopan nya deodorant bagi keselesaan kita dan orang sekeliling.post ni dibuat ntok aku jugak yang selalu sangat malas nak mandi bukan bermaksud tak mandi cuma suka bertangguh.hehehe.

KELABU TAHI ANJING

kenapa mesti kelabu?apa keistimewaan dia?bukan cantik pon background dia.
LAH!ada jugak persoalan macam tu aku terima.

oklah senang cerita.aku buat background kelabu ni untuk menunjuk kan keaadaan hidup aku yang malap.selalu orang rasa nak pilih hitam gambarkan kejahatan ke apa ke nak rasa simple tapi untuk menampak kan kecerahan di sebalik kegelapan aku gunakn warna kelabu.puas hati?dah explain kan sekarang.so selami hati aku.lihat dunia aku bagaimana.berkawan dengan aku dan fahami keaadaan kehidupan aku baru kau boleh membenci atau menghina.jangan kau rasa senyuman yang aku lemparkan memberi banyak kebahagiaaan pada kau tetapi sebenarnya aku menderita didalam.

nyanyuk

sebenarnya tajuk ni tak berapa sesuai.sbb nak dikatakan nyanyuk tidak sama sekali.hanya dianggap pelupa barangkali.dah lama rasanya tak update blog.macam macam benda jadi kat aku beberapa bulan yang lepas membuatkan aku jauh dari dunia fantasi.

okay.pasal nyanyuk tadi tu bukan apa.hanya terlupa username yang aku gunakn ntok pecah masuk blog ni.setelah penat hempas pulas.aku berjaya.yeah onie hebat.lepas ni bermulah hidup aku kembali meludah ke bumi nyata.sekian.