Thursday, November 11, 2010

ubat ketiak

orang zaman sekarang pentingkan kecantikan yang dapat dipandang oleh mata kasar dan dinilai dari luaran.

dari segi contoh yang aku nak kongsikan dengan korang.mari kita sama sama terjah ;D

SITUASI PERTAMA
mamat A terserempak dengan gadis B dari jauh.mmg bergetah habis.rambut panjang ikal mayang.senyuman manis mencairkan setiap lelaki.apa lagi si mamat A ni kompem kompem la nak buat buat terserempak dengan gadis B(trick nak mngorat la konon)sekali lalu je sebelah gadis B masyallah nauzubillah bau badan.lu pikir la sendiri.

SITUASI KEDUA
mmg jadi lumrah manusia ada segelintir yang tak mahu terima kekurangan diri.bukan nak kata apa la.perangai aku sendiri pon macam tu kot.tapi dalam kisah ni lain ragamnya dimana tak nak sedar diri sendiri badan berbau.kalau orang tegur mula lah buat muka.melenting tak tentu pasal.ini untuk kebaikan kau jugak.

SITUASI KETIGA
seperti hari hari biasa,dalam satu minggu terdapat hari yang paling dinantikan oleh setiap pasangan(yang sudah berumahtangga)hari khamis malam jumaat.lampu rumah yang sentiasa terang sampai tengah malam,lepas isyak je dah tutup.lagi lagi kalau pekena tongkat ali dengan kacip fatimah.HAHA HAHA.tapi ape kes baru nak mula je salah seorang dari pasangan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.tak kisah lah lelaki mahupun perempuan.alamatnya tertangguh lah kamu pada hari tu.sabar jelah nasib badan ;D

p/s:tak perlu lah nak beli minyak wangi berjenama atau pergi ke spa untuk mandian wangian,.cukuplah sekadar kita bersihkan diri dirumah dan memakai ubat ketiak atau dengan kata sopan nya deodorant bagi keselesaan kita dan orang sekeliling.post ni dibuat ntok aku jugak yang selalu sangat malas nak mandi bukan bermaksud tak mandi cuma suka bertangguh.hehehe.

No comments:

Post a Comment