Hebat di Ranjang
Di suatu petang yang indah. Selepas waktu pejabat. Sekumpulan akak-akak dan makcik pejabat kerajaan duduk berkumpul di meja salah seorang dari mereka - berkongsi sebungkus pisang goreng panas yang dibeli dengan harga RM3 - berbual sambil menunggu suami masing-masing jemput.
Dari topik tudung sampai ke topik saiz hidung, sampai ke topik anak-anak dan ke topik suami dan ke topik ranjang.
"Suami aku mengatakan yang aku hebat di ranjang, tau!" kata salah seorang daripada kakak-kakak tersebut.
"Ah suami kau. Semua perempuan dia nak cakap 'hebat'!," balas kakak yang lagi sorang.
"Apa maksud kau 'semua perempuan?" tanya kakak yang pertama tadi kepada kakak yang kedua - sambil memandang tepat ke mukanya.
Keadaan jadi senyap sunyi.
Bunyi meriah kunyahan tepung pisang goreng tadi pun tidak lagi didengari.
haha hebat!
ReplyDeletedan penamatnya. hebat diterajang. hahhaha
ReplyDelete