Monday, June 13, 2011

alahai

Setia mana kau rasa, kalau dengan Tuhan pun kau susah nak setia, inikan pula dengan manusia?"



Padahal kau boleh je kan? Cuma malas, buat tak reti, 'eh nantilah', buat-buat diam dan biarkan kesetiaan itu berlalu pergi. Macam angin kau perlakukan kesetiaan tu. Konon di mulut kata cinta, di hati kata 'ye aku sayang'. Tapi, hakikatnya bila kau tarik nafas dalam-dalam, kau renung balik, kau ingatkan balik apa yang kau dah buat selama kau hidup ini. Baru kau nak sedar bahawa Tuhan itu hanya kau gapai bila susah.


Bercinta memang indah. Tapi, semanis cinta itu sekalipun kalau kau tak tabur gula, kau tak bancuh. Cinta itu akan jadi automatik pahit. Sebab apa pahit? Sebab di biarkan mendak tak berusik, berbau tengik yang akhirnya bila di telan cinta yang pahit itu, boleh buat berak-berak sakit hati


Apa anologinya 'di biarkan mendak itu' dan 'tidak di tabur gula itu?'


Mudah saja, manusia bercinta bukan sekadar duit dan seks. Itu nombor dua-tiga-empat. Tapi, yang di letakkan pertama ialah perhatian dari seseorang yang dekat dan istimewa. Kasih sayang dan komited kepada tanggungjawab kepada pasangan yang melibatkan emosi.


"Aku punya manja hanya kau saja boleh rasa" - Fynn Jamal



Perlu kah kau bermanja dengan orang lain? Bergaul mesra menimbulkan figura negatif dalam diri pasangan kau? Kau buta? Kau terlalu angkuh dengan prinsip yang kau betul segalanya? Komited kau pada kesetiaan membuatkan kau membuang cinta jauh-jauh sampai kau rasa puas dengan apa yang kau inginkan?


Reverse sikit diri kau, ingatkan di mana kau mulakan hubungan ini? Adakah dari satu pegangan tangan? Adakah dari satu lafaz, "Boleh saya berkenalan dengan awak?". Adakah dari sms ringkas berbunyi "Hai, dah lama saya perhatikan awak, leh kenal?". Atau dari pandangan mata pertama yang membuatkan kau teringat pada ibu kau yang jauh di mata?


Semua nya bermula dari permainan logika yang di panggil 'keinginan'.


Dan aku ingin bertanya pada kau-kau semua. Adakah keinginan boleh di hentikan macam menghentikan pencatat masa? Pencatat masa boleh di hentikan, tapi masa terus bergerak dan berlalu. Seperti keinginan, kita boleh berhenti mahukan sesuatu, namun suatu hari nanti kita pasti inginkan balik apabila keinginan itu di kumpul dan terkumpul untuk di luahkan.


Ya, keinginan dan cinta merupakan satu relatif yang selari.


Sedarlah para pencinta sekalian, renungkan lah para pengamal kesetiaan sekalian. Di belakang, kiri, kanan dan hadapan kamu ada sesuatu yang di panggil titik noktah. Yang mana pilihan kalian, itu di tentukan oleh diri masing-masing. Berbeza jalan tetapi satu lokasi. Jika sekalipun kau mahu mengambil jalan belakang, jalan pintas, ia sama. Keinginan dan cinta tetap memburu akal dan nafsu sampai ke nafas terakhir. Mungkin juga sampai ke liang lahad bila kau terdengar tangisan suara kesedihan meratapi pemergian kau menghadap ilahi. Kau ratapi dengan kekesalan ;


"Betapa ruginya aku di dunia kerana tidak tunjuk ikhlas setulus hati"


Di hujungnya nanti, sama ada jalan kau betul atau tak. Cinta dan setia kau bermakna atau tak. Ia akan di lenyapi dengan titik noktah.


Sudah lah, lepaskan dia pergi. Lepaskan perasaan kau, jiwa dan raga kau yang kau seal untuk dia tapi tak bermakna kerana kau senantiasa kecewa. Lepaskan dia jika kau terus DI GANTUNG TAK BERTALI.


"Harapan ialah impian", adalah kata-kata untuk mereka yang mencari kesalahan untuk di timbal balik menjadi sebuah kelebihan. Kau tiada itu jika kau DI GANTUNG TAK BERTALI.

1 comment:

  1. gantung tak bertali? adakah itu tali halimunan? ;p haha. kena potong guna gunting halimunan la macam tu. hahaha

    ReplyDelete