Thursday, April 28, 2011

terlajak usia

KALAU tak sekarang saya sedang menjalani final exam untuk last semester.

Sesuatu yang kita tidak pernah jangka
Saya selalu duduk terfikir. perbezaan di antara saya yang berumur, 11tahun dan saya setelah menjangkau 21 tahun. 10 tahun yang merakamkan pelbagai peristiwa, dan menyimpan pelbagai sejarah. rahsia, cerita, pekung, hanya tuhan yang tahu.

Kalau sewaktu umur 11 tahun dulu, saya adalah seorang kanak kanak baik, riang dan cemerlang. cita cita tinggi. nak jadi apa?DOKTOR. bukan main. Kesana ke mari bawa kamus. Hujung minggu ke perpustakaan awam. sangat nerd saya. Di sekolah jangan cakap. top student untuk cemerlang UPSR. tambahan tak pernah ponteng. kerja sekolah tak pernah tak siap. omg,HAHA

Tetapi hakikatnya, kecemerlangan, dan kebaikan bukanlah datang dari genetic. Bukan takdir. pokok pangkalnya, pada diri sendiri. Pilihan masing masing. Saya tidak pernah jangka akan dewasa seperti ini. Terlalu banyak perbezaan. terlalu banyak kesilapan. terlalu banyak kejatuhan.

Tuhan pernah mengahadapkan saya dua jalan. Persoalannya, adakah jalan yang saya pilih, merupakan satu takdir. atau, takdir saya bermula dari jalan yang telah saya pilih?

Saya yang berumur 21 tahun adalah seperti kain putih yang sudah tercompang camping di sesetengah bahagian. Punya kekotoran dan warna warna asing yang tidak pernah di inginkan.bagaikan lampin bayi yang baru di tanggalkan dari buntutnya.Kini saya memerlukan perbelanjaan dan pelaburan yang besar untuk membeli clorox, vanish, dan fab buku yang mampu mencuci semua kekotoran. back to basic.

Kalau lah saya boleh berpatah balik kembali pada umur 18 tahun dan memilih jalan yang benar,wacvheh,HAHA HAHA

p/s:life is an art without an eraser

euwwww,sopan kan tuka aku,gua kepada ayat saya,HAHA HAHA,nak tiru macam kak pipah :)

1 comment: