Wednesday, April 27, 2011
kembar
Aku buat artikel tentang ni bukan apa, sebab dah serik dah rimas-rimas tahu tak orang silap panggil aku dengan nama dia
Status:
Rihanna dan aku memang ada 'kimia' apa lagi add math dalam bab ni.Dikecewakan lelaki, tu dah seperti menghirup oksigen di tepi kali.Tapi tahun ni bernasib baik.Aku dan rihanna masing masing sedang dilamun cinta sekarang,memang kitorang ditakdirkan jatuh cinta pada tahun yang sama. selepas putus cinta dengan Chris Brown tahun lalu,rihanna kembali memberi ruang kepada usher.kan aku dah cakap,macam sama kn macam aku?
Rupa Paras
Semestinya sebagai manusia dan wanita kami memiliki benda yang sama.Mata, hidung, mulut, tangan, kaki dan anggota lain termasuk sedikit senyuman yang manis.Cuma susun atur letak semua tu sahaja yang beza, tu pun sikit amat-amatlah.
Body ramping tu usah dipertikaikan lagi cuma aku mungkin kurang sikit tang perut sebab tak adil la mungkin tiap-tiap minggu dia buat konsert menari kehulur kehilir,yang aku ni pulak menternak lemak babi je kat rumah,nak bersenam tu 5 minit berlari je dah semput.
Bukan nak kata la, satu lagi persamaan ketara yang boleh dilihat dari tas kepala,Pelbagai fesyen rambut usah dipertikaikan lagi, jika Tyra Banks ada dia tentu tidak dapat mengkritik apa lagi menyangkal bahawa ketepuan cara kami memang sama.Pusing kiri, pusing kanan (kepala sambil buat kening the rock versi epy rajalawak) tu dah macam berak sambil merokok punya senangnya.
Itu belum suara lagi,kalau masa putus cinta dulu dulu nyanyi lagu rihanna-russian roulett tu feeling habis,nak nak part I'm terrified, but I'm not leaving. tak caya tanya mynn,HAHA HAHA
Penjagaan Diri
Si rihanna ni suka meniru aku sebenarnya, malas la nak besar-besarkan kesian pulak kat dia nak bayar saman.Aku pakai nivea.dia mula la menyibuk nak melobi jadi duta.Tiru la tu.Rihanna kini ditunjuk sebagai ikon oleh produk kecantikan, Nivea. Tak hanya menjadi duta, Rihanna juga melakukan sesi pemotretan untuk kempen ’100 Years Skincare for Life’.
Tapi saya adalah saya dan akan tetap saya..Hanya sekadar kebetulan, mungkin :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yang ni tak tahan ni -,-
ReplyDeletebaik kau dlete entry ni. geli je aku baca. hahaha
ReplyDelete