Thursday, March 3, 2011

sentap mak nyah

Sebenarnya aku tak kisah pun aku takde couple. Macam orang lain yang takde couple bila tengok couple kat luar dorang rasa jeles. Tapi aku tak. Aku tak rasa jeles pun. Kadang-kadang aku rasa geli ada lah sebab dah macam laki bini je aku tengok. Kadang-kadang ada jugak aku rasa macam "Awww......sweetnya couple ni" Kadang-kadang jugak aku rasa macam "Bestnya ada boyfriend yang sayang kita" Tapi tu laa. Tu semua kadang-kadang je aku rasa.

Bila cakap pasal cinta ni aku sebenarnya sangat clueless sebab aku memang tak tahu apa itu cinta. Serius dowhh. Aku blur gila kalau bab-bab cinta ni. Yelah kaan, bercinta pon tak habis. Sebab kawan-kawan aku yang pernah bercinta semuanya at the end menangis sebab boyfriend diorang, sebab diorang dah clash lah apa laa. Sebab tu aku takut nak bercinta lagi. Aku takut nak rasa sakit dalam bercinta. Sebab aku rasa macam agak bodoh menangis sebab lelaki which is not even my husband.serius kott dari pengalaman aku sendiri dulu.tapi kalau nak diet berkesan mmg time putus cinta.dari 38 wa jadi 33 der,lu bayangkan lah.

Pada usia dua puluhsatutahun ni, aku tak nampak lagi lah mana-mana lelaki yang serius dalam hubungan diorang. Ada tu memang ada. Tapi tak ramai. A few je kot.kalau setakat lu orang pakai papa mama papa mama wa dah rase nak hentak je pale lu bhaii.bukan kate wa jeles der tapi tu zaman bila doh.memang tak lah weh.baru baru ni kawan aku putus cinta.padehal punya lah setia.tu susah sekarang ni setia sangat pon tak boleh.lu org nak yang sempurna lu cermin muka lu dulu der.

Aku pun takut bila aku dah start cinta kat mana-mana lelaki, aku dah start sayang kat dia tapi cinta kami tak kesampaian. Dah bercinta macam orang gila, buatnya kitorang takde jodoh memang menangislah aku. Aku pon takut kalau kehilangan orang yang aku sayang. Ini yang paling aku takut. Aku takut gila hilang orang yang aku sayang. Sebab tu aku takut nak bercinta.

Pada aku lah kan,cinta hanyalah permainan buat kita. Sebab kita tak tahu apa itu sebenarnya cinta. Cinta bukan semata-mata "I love you". Cinta juga bukan semata-mata kissings, hugs, and making love. Cinta juga bukan semata-mata "I miss you, sweetheart" Tapi cinta lebih daripada itu. Kadang-kadang cinta ini tak perlu nak diungkap kerana ia adalah melibatkan perasaan. Cinta tak perlu dilafaz, tapi perlu dizahir. Semua orang boleh cakap "I love you" tapi tak semua orang boleh cakap "I love you" dengan perasaan dan tak semua orang boleh rasa.

Kalau melibatkan hati dan perasaan ni, aku tak reti lahh. Sebab tu aku serahkan segalanya pada Tuhan untuk tentukan jodoh aku. Siapa pun jodoh aku, akan ku terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. Sebab aku tahu, ada sebab kenapa dia untuk aku. Maknanya dia adalah yang terbaik untuk aku. Tuhan Maha Mengetahui. Maka, aku berserah padaNya kalau nak cakap soal cinta dan jodoh ni semua.

1 comment:

  1. hahahhahaha. lu bagus ler. ekot mcm wa,xyah semak2 nak mencari lagi. hahaa

    ReplyDelete