Friday, February 4, 2011

benci tapi nak jugak

Entri santai. Ye la, dah seminggu berbicara soal fakta, nak juga berbicara perkara yang lebih sempoi dan peribadi. Maka untuk entri kali ni, aku nak buka pekung di dada aku sedikit agar boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat mereka yang mula berjinak-jinak dengan cinta.

Mesti ramai pembaca ni yang ada ex-boyfriends atau ex-girlfriends bukan? Dan mesti ramai juga yang membenci cukup-cukup ex mereka dan kalau boleh, tak mahu bertegur atau berjumpa langsung. Bukan itu sahaja, nak pandang gambar dia pun rasa menyampah!

Jangan tak tahu, aku pun punya ramai ex-boyfriend.Tapi aku tak lah sekejam tu sampai nak membenci mereka habis-habisan. Kami masih lagi berkawan, cuma tak lah seakrab dahulu. Tak boleh juga nak berjumpa selalu, bahaya, kalau sebulan sekali tu mungkin bolehlah. Lagipun semua ex-boyfriend aku sangat menarik dipandang mata – silap haribulan, boleh terliur insan yang memandangnya! Nak ke berkenalan dengan mereka?

1 – Rojak Buah
Yang ni ex aku yang bersifat juicy lagi menggiurkan. Rupanya hitam manis, betul aku tak tipu, sangat manis. Tapi siapa sangka, manis-manis pun pandai juga nak kikis harta kesihatan aku. Itu perkara yang aku paling tak suka.kat melaka rojak buah paling best yang orang jual tepi pantai.manis manis pedas.lahabau sodap ea.

2 – Susu Pekat manis
Susu Pekat?Ni antara pakwe yang paling lama juga aku kenal. Sejak dari kecil couple, memang agak susah juga untuk tinggal dan melupakannya dulu. Mana taknya, sebelum pergi sekolah dulu, kami akan dating dulu, bukan sehari, tetapi tiap-tiap hari! Tak seperti rojak, yang ni memang putih manis, memang pilihan hati semua warga Malaya.

3 – Mee Segera
Tak kisahlah yang jenis berkuah mahupun yang jenis goreng, semuanya sama. Dahlah berambut kerinting, dengan mengambil bau nya saja dah cukup membuatkan hati tertambat. Pernah suatu ketika, aku memang kemaruk dengan dia ni sampai habis sekotak besar (30 bungkus) aku habiskan semasa bulan puasa semester 1 di kolej.asal sahur je maggi.maggi je sahur.! Gila? Memang aku kemaruk cinta masa tu. Benarlah kata pujangga, cinta itu buta!

4 – Makanan/keropok Ringan
Ex-boyfriend aku yang ni berbadan pipih, tetapi sedap. Nak dating dengan dia ni pun tak memerlukan modal yang banyak, 20 sen je.dalam banyak banyak keropok.aku suka pilih super ring.siap ade lagu lagi.super ring lazat super ring riang,super ring super ring super ring.

5 – Minuman Ringan
Minuman ringan? Mungkin masih ramai diluar sana yang “in relationship” dengan mamat yang satu ni. Dressing dia tak perlu nak cakaplah, bukan kemain lagi, memanjang nak melawa. Bentuk badan pun ramping, dan selalunya badan dia aku akan simpan buat kenangan atau beri pada mak supaya boleh disimpan air masak (kosong) di dalamnya kelak.macam zaman sekolah dulu.botol tak menahan,dalam air kosong je :)

6 - Kek Berkrim
Boleh dikatakan seminggu sekali juga aku berdating dengan dia ni, terutamanya sekitar zaman sekolah rendah. Sekolah rendah dah pandai berdating? Biasalah, baligh awal.tapi febret yang secret recipe punya.tak macam nak jilat ibu jari rasa dia.tapi sekarang takdehal.wa dah boleh buat kek sendiri :)

7 – Daging Burger
Sama seperti ex yang nombor 6, dengan yang nombor 7 ni pun selalu juga aku berdating terutamanya masa belajar di kuantan dulu.Biasalah, lumrah duduk jauh dari family, nafsu nak berdating tu bukan kemain lagi memuncaknya. Sangap.

8 – Gula-gula
Ni juga antara ex yang aku kenal sejak zaman kanak-kanak Rebina lagi. Sayangnya, nama dia bukan Rebina tetapi “Nano-Nano” (mati-mati aku ingat nama dia Nona nonie),ceh ceh.tapi lagi menarik gula hantu.ala jangan lah lembab sangat.gula yang bila lepas kita makan mulut kita bewarna warni tu la.ha!yang tu la.pandai pon.

Mereka ni memang tak boleh dipercaya langsung. Aku dah cakap, jangan pakai “minyak wangi” banyak-banyak, tetapi mereka degil. Berkilo-kilo jugalah minyak yang mereka pakai, sampai lama-lama aku pun berasa tekanan. Tanpa berfikir panjang, aku pun terus cakap, “Ok sayang, mulai hari ini, kita jangan text (sms) lagi dah. I tak suka boyfriend yang hipokrit. Tapi kalau nak jumpa I sebulan sekali bolehlah kot. Itupun kalau U yang rindu I. Selain daripada tu, kirim salam!”

Itulah dia 8 ex-boyfriend aku yang pernah kerap hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu. Namun, seperti yang aku kata tadi, aku ni bukanlah seorang yang kejam. Sebulan sekali tu adalah aku jumpa mereka, itu pun kalau terserempak di mana-mana. Kalau tak terserempak, jangan haraplah aku yang pergi cari mereka. Namun diharapkan anda janganlah pilih mereka sebagai teman sehidup, ok?

sekarang aku dah jumpa boyfriend baru yang memenuhi selera wanita aku.jeng jeng jeng

1 comment: