Sunday, September 18, 2011

UNTUK KAU

aku tak suka
mereka pun tak suka
engkau suka
kalau tak suka
cakap depan-depan
suka main belakang
orang tetap tahu
orang tetap menghidu
bau busuk kau tinggalkan
macam bangkai
lagak si pengecut
bila berdepan jadi kura-kura
sorok dalam cengkerang
mahu sahaja kucincang
campak ke kandang harimau
biar tiada bekas
akal masih waras.

Friday, August 12, 2011

cinta ia lah putar belit

kisah cinta 1
saya sulaiman. dan saya bercinta dengan gadis yang sama umur dengan saya. pada awal percintaan kami. jika kekasih saya bersama lelaki lain, atau keluar bersama rakan² saya pasti akan telefon atau mesej untuk bertanya sedang buat apa. mungkin saya masih naif ketika itu. kemudian. satu hari. ketika terbaca diari kekasih. hmm. terkejut saya ketika terbaca dia menulis... "aku benci gila masa dia call² or msg² sibuk masa aku keluar, masa dia keluar ade ke aku buat macam tu? "...... saya yang naif ini, tersentap. bagaikan kena sambaran eletrik yang membuat saya senak di telur...semenjak hari itu. saya bertekad, tak akan kacau dia bila dia keluar dengan rakan² nya. dan saya berjaya.

namun. setelah beberapa bulan. masa untuk sulaiman pula. saya keluar dengan rakan², menonton wayang. berborak². minum². pada ketika itu, kekasih hati sulaiman sibuk dengan mesej nye. pantang saya tak balas, terus melenting. mmmm . bila sulaiman kata, dulu masa kamu, kamu tak suka macam ni, kenapa sekarang lain. kekasih sulaiman menjawab... tak yah la ungkit. dulu tu dulu lah. sekarang lain. mmmmm


kisah cinta 2
saya ialah azman, saya bercinta dengan gadis yang sebaya dengan saya , nama nya suri. pada ketika dulu, suri sering keluar bersama rakan², sekarang pon ada lah juga. Suri ada seorang rakan lelaki yang bernama Farouk. mereka rapat , sering berbual melalui telefon. mmm
suatu hari, farouk mengajak suri keluar, kemudian saya bergurau dan kata, nak ikot. dengan keras suri menjawab, tak boleh. kemudian saya menjawab, saya nak kenal² dengan kawan² Suri. kemudian dia kata Azman. kita ada life masing², kadang² tak semua benda kita kena buat sama² . Jangan limitkan life kamu pada saya seorang saja.. kata Suri.
kemudian . sejak saat itu saya bertekad, baiklah. saya akan simpan kata² Suri. saya sendiri yang hantar Suri ke setesen kereta api untuk bertemu dengan Farouk.
beberapa lama kemudian...
Azman belajar keluar bersama rakan². pergi ke gig gig kecil sekitar bandaraya ibu kota. belajar bergembira dan mencipta life sendiri. kemudian suatu hari suri berkata, Azman saya nak ikut awak keluar dengan kawan² awak. kemudian Azman berkata, saya nak lepak dengan kawan² saya nanti awak keseorangan. lagipun saya nak pergi gig. nanti kamu kena sepak² tempat tu bising semua. awak pon bukan minat musikal bising² ni. lalu suri menjawab. kalau tak bawak suri mana la nak tau.kemudian saya menjawab semula, dulu suri kata, "kita ada life sendiri, kawan² sendiri". suri pula menjawab "tak payah la nak ungkit yang dulu², dah agak dah sure cakap macam tu"....

saya bukan ungkit. tapi saya cuba bermain permainan ini mengikut rentak awak. dulu saya takde life sendiri. life saya dengan awak je. tapi awak yang suruh saya buat life sendiri. dan sekarang awak marah saya. saya ubah rentak saya ikut awak. dan sekali lagi, awak suruh saya ubah rentak saya ikut awak. mmmm awak awak awak awak.
dra

Wednesday, July 13, 2011

WISHLIST WISHLIST WISHLIST

WISHLIST 5 AUGUST 2011

aucakk aucakk.birthday aku is keliling bucu, (around the corner), walaupun tak berapa nak bucu sangat.sampai mama dah bernanah telinga dengar aku menghitung hari.disebab kan tahun lepas tidak dilakukan sebarang kejutan,sambutan atau renjatan elektrik yang berlaku,tahun ni nak demand sikit lah.HAHA HAHA.ni ade wishlist. at least, korang tak pening kepala fikir nak beli apa utk birthday aku.HAHA HAHA so,bukak dada amek nafas,baca dengan nada cute :)

SATU aku nak,

handphone baru. sekarang aku guna nokia N8.baru guna 7 bulan tapi mcm tak berapa best ,nak berry hitam lah,konon konon trendy.boleh bbm ngn tweet tweet pastu letak dekat status fb via blackberry.bapak jakun gila.HAHA HAHA

DUA aku nak,

sambut birthday ala ala picnic,bawak bakul dengan tikar dekat taman decorate comel comel macam muka aku.lepak tepi tasik borak borak tak sedar ingat.gelak besar besar rasa macam ade setan geletek dekat tapak kaki.main layang layan mcm kanak kanak riang yang rasa dunia ni mcm kita yang punya sambil makan kepak ayam kfc.nyum nyum.

TIGA aku nak,

satria neo okbye.ni tuju dekat mama.nak buat buat tgh online,.lepas tu pegi toilet kejap.pastu mesti mama stalker.awal awal aku bukak page blog ni dulu.biar dia terbaca.kui kui kui

EMPAT aku nak,

sebijik kek yang ada 21 lilin.biar sampai kering airliur nak tiup.alahai bestnyaaaaa.sambil kawan kawan cakap tiup lagi onie tiup lagi.wowwwww.


LIMA aku nak,

disebabkan birthday aku bulan ramadhan.aku nak ada orang belanja pegi shopping raya.ayat pertama yang keluar dari mulut dia mcm ni 'kau nak apa apa amek jelah biar aku bayar',fuyoooo.

ENAM aku nak,

birthday aku tahun ni best.sbb dah nak masuk 21tahun.apa omputeh cakap freedom freedom,ape jadah kebebasan nya ntah.

yang berkenaan tu dah boleh kira bajet,tak pon pecahkan je duit tabung masing masing.23 hari lagi.boleh lagi buat persediaan.nak postpon pon boleh sbb bulan puasa kan,tgk!dah banyak aku permudahkan korang.HAHA HAHA.aku sedia je menunggu bila bila.

with love-onie :)

Thursday, July 7, 2011

kawan intan payung lewwww

Lain orang lain ragamnya ,

Aku dh masak dh dengan dunia gaduh bergaduh ni . Tak boleh nak ikut hati sendiri jugak . Tak boleh nak ingat kau sorang je yang bagus . Tak boleh nak ingat kau sorang je yang betul . Sebab tu orang mengutuk . Sebab semua orang buat salah , dan kita ni bukanlah perfect mana pun sampaikan orang lain tak boleh nak kutuk belakang kita . Kutuk belakang lah better kan . Nak kutuk depan kau terasa hati , merajuk pulak nanti . Tapi kutuk belakang tu berpada-pada sikit .

Aku banyak kali dah gaduh . So , aku sangat masak dengan benda benda ni semua . Memburuk-burukkan orang lain semata mata untuk memuaskan hati sendiri , takkan dapat ubah apa apa . Takkan dapat tutup kesalahan kita . I've been there , friends . Memburuk2kan orang semata mata untuk kepuasan diri sendiri kononnya nak balas dendam , seriously tak kan bawak kau ke mana pun . Tunggulah satu hari nanti , kau sendiri akan datang melutut mintak maaf kat orang tu . Betul ni , kan aku dah cakap , I've been there .

Perempuan dengan umpatan dan kutukan memang takkan boleh dipisahkan . Kalau terdengar kawan X kau mengutuk , mengumpat pasal orang lain , cerita yang si A ni buat macam ni kat dia , si B ni buat macam tu kat dia . Aku nasihatkan , kau boleh dengar , kau boleh percaya TAPI bukan sepenuhnya . Sebab dulu , masa dulu dulu lah . Aku suka percaya cakap orang , aku suka percaya cerita orang . Bila dah percaya tu kann , mula lah aku tak nak kawan dengan si A , mula lah taknak kawan dengan si B semata-mata sebab dengar kawan X mengata buruk je pasal dia . Tolong , tolong dan tolong ! JANGAN PERCAYA dan janganlah buat macam tu . Si A dengan si B tu bukan pernah buat salah dengan kau pun . Tak perlu lah sebab dia buat macam tu kat kawan kau .. kau pun tak nak kawan dengan dia .

Sekali lagi aku cakap , I've been there , in this situation . Last last kan , kawan X aku berkawan rapat pulak dengan si A and si B yang dia kutuk tadi . Haaaa , tak pasal pasal kau rugi sebab hilang kawan macam tu je . Ohh haaa , masa tu kalau kau nak kawan balik dengan si A dan si B dengan bercerita yang kau putus kawan dengan dorang sebab kawan X kau cerita buruk pasal dorang HAHAHA harapan je lah . Masa tu diorang pun tkkan nak percaya cakap kau sebab kemungkinan besar kawan X kau tu dah kutuk kau terlebih dulu kat dorang .

Sebenarnya , kadang kadang kawan kita ni bukan nak mengutuk tau . Cuma dia perlu teman untuk berbual , jadi dia lepaskan semua rasa ketidakpuasan hati dia tu kat kau . Jadi yang dia cerita , semuanya buruk buruk je lah .. sebab dia nak kau nampak yang dia tu betul di mata kau . Siapa yang suka nampak salah di mata kawan sendiri .. ? mana ada ... susah nak jumpa .

Kalau kau berada dalam situasi kawan kawan kau tengah mengutuk orang lain , tengah buruk burukkan orang lain , or maybe tengah cuba bercerita apa sebenarnya yang berlaku .. kau boleh dengar .. kau boleh join .. tapi jangan lah sampai semua benda yang kau tau , kau pergi cerita . Nak jujur tu beragak-agaklah ye . Nak mengutuk tu pun , tolong beragak-agak jugak . Sometimes kau boleh je dengar dan senyum .. :) ataupun kau cerita benda yang patut je , yang tak patut jangan cerita .

Contohnyalah kan , si C , si D dan si E tengah mengutuk pasal 'kecik' . Kau pun dengar lah dorang mengutuk pung pang pung pang pung pang . Tambah tambah lagi kau pun ada benda nak cerita , kau pun mulalah join kata si kecik ni suka mengada-ngada dengan orang , suka tak buat kerja , suka pakai baju entah apa apa .. Contohla kan . Lepas tu makin hebatlah kutukan korang . Tunggulah lepas dua tiga hari nanti , salah sorang daripada si C atau si D atau si E tu , akan pergi dekat kecik and bagi tau yang kau kutuk dia dekat belakang . Haaaaa kan dah naya . Padahal dorang pun kutuk sekali kan . Kau mana lah nak tau yang sebenarnya si C atau si D atau si E tu sebenarnya tak suka tengok kau kawan dengan kecik . Senang senang je dia nak buat korang gaduh . Dorang akan pergi dekat kecik and cakap " Weyh kau tau tak , tadikan onie kutuk kau kaw kaw , dia cakap ..... " .. maunye lah si kecik tu tk menyirap . Free free je putus kawan . Haaaa kan dah menyesal tk pasal pasal .

Selain tu jugak , dalam dunia persahabatan ni kan ada banyak group kan . Orang ni dengan group ni je , orang tu dengan group tu je . Yang kau pulak , group badak kau pergi , group gajah pun kau pergi . Kiranya kau in between atau dengan lebih manisnya lagi , kau berkawan dengan semua orang , kau baik dengan semua orang . Tapi yang tak best tu , bila kau pergi group badak , dorang duk kutuk group gajah . Bila kau pergi group gajah , dorang duk kutuk group badak . Yang kau pulak in between . Apa kau nak buat ?

HAHAHA , aku dah masak sangat dengan benda ni . First , macam biasa tak payah percaya . Second , kau dengar lah apa yang diorang dua group tu kutuk . Third , diam . Fourth , buat kesimpulan sendiri . Haaaa tedee tedaa tuduu , habis cerita . Aku sarankan kau tak payahla join sekali mengutuk sebab , nanti sampai bila bilanyaa dorang takkan habis bergaduh .. dan diorang tak baik baik lagi semuanya sebab kau lah . Kan kau yang join dua dua group tu . Dua dua group tu punya cerita semuanya kau tau . Bila si group badak mengutuk group gajah , kau pun ikut kutuk sekali . Bila si group gajah duk kutuk group badak , kau pun ikut kutuk group badak. Semua benda yang kau tau semua kau bongkarkan . Dalam sedar tak sedar , sebenarnya kau dah jadi batu api untuk diorang . Kau suka ke jadi batu api ? Tak suka jangan buat . Kalau suka , teruskanlah .. sebab tak hairanlah satu hari nanti kau takde kawan sebab dua dua group tu dah kawan balik dan dorang dapat tau sebenarnya punca diorang gaduh adalh disebabkan kau . YEAY ~~ kena pulau ..


Next ! Kau berkawan dengan semua orang kan . Tolonglah terima mereka seadanya . Kau tak boleh nak assume semua orang dalam dunia ni perfect . Kau tak boleh nak anggap kau je yang betul . Kau tak boleh jugak nak anggap semua orang ni salah . Korang mesti pernah alami macam macam benda . Kawan kau ni malas buat kerja lah . Kawan kau ni suka mengutuk dalam blog lah . Kawan kau ni suka makan benda mahal mahal lah . Kawan kau kuat menipulah . Aku nak cakap ni , bila kawan kau malas buat kerja ... tak perlu lah kutuk dia kat blakang blakang . Kalau kawan kau suka makan benda mahal , tak payahla kutuk dia kat belakang .. Kalau kawan kau suka kutuk dalam blog , tak payahlah kutuk dia kat belakang . Kalau kawan kau suka menipu , tak payahlah kutuk dia kat belakang . Cubalah cakap dengan dia depan depan , secara direct or maybe kau tak payah cakap direct pun takpe . Kau kena buat sesuatu kena dengan tempat dan orang . Nak kutuk tu boleh , tapi beragak agak lah ye . Tk yah nak mencanang bagi satu dunia tau .


Contoh Kalau kawan kau suka mengutuk dalam blog .. kau tak payahla buat jahat dengan dia . Kau buat baik je , takdelah dia kutuk kau dalam blog . hehe . Kalau kawan kau suka makan benda mahal .. time kau takde duit , kau tak yah lah makan dengan dia .. pergilah makan dengan orang lain yang suka makan murah . Time kau ada duit tu barulah kau join makan mahal dengan dia . Kalau dah kawan kau kuat menipu , kau tak payahla percaya apa semua yang dia kata . Haaa kan ? susah sangat ke . Sometimes dah perangai diorang memang macam tu . Nak buat cam mana . Kita tak boleh nak aspect semua orang perangai cm kita . ye dokk ?

Don't just judge a person by one mistake that he/she do to us . Bayangkan dekat atas satu kertas putih ada satu je bulatan kecik warna hitam . Bayangkan okay . Bayangkan pulak kalau aku tunjuk kertas putih yang ada tanda hitam tu dekat kau . Lepas tu aku tanya , " Apa yang kau nampak atas paper ni ? " . Agak agak , mana yang kau nampak dulu . Yang hitam ke ? atau yang putih ke ? ..... Mestilah yang hitam kan . Sebab ... dia warna hitam ! .. dan sebab ... kau sebenarnya dah nampak warna putih tu tapi kau endahkan , buat tak peduli or maybe tak sedar . Kan kan kan ?


Sebenarnya aku nak maksudkan benda lain . Yang titik hitam tu sebenarnya ialah keburukan seseorang .. dan yang putih sekitarnya ialah kebaikan seseorang . Aku nak umpamakan kertas putih yang bertitik hitam tu dengan kehidupan manusia zaman sekarang . Selalunya kita akan nampak keburukan orang je , kebaikan orang tak pernah kita nak nampak kan ? Betul tk ? So apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah ~ janganlah kita just nak judge someone dengan keburukan dia atau satu kesalahan yang dia pernah buat kat kita . Apa kata , bila kita dah tau keburukan dia , kita simpan jer .. lepas tu kita try pulak amik tau pasal kebaikan dia . Macam kertas putih tadi la . Kita just nampak warna hitam tu je , kenapa kita tak nampak yang warna putih ??? Sebab kita tak pernah nak amik tahu kan . So , try it .. ;)

Last one ... Meminta maaf dan memaafkan . Tak kiralah yang buat salah tu kau ke atau dengan budak yang kau gaduh ke . Aku rasa sebagai seorang budak yang sangat matang , tak perlu kot nak gaduh gaduh pasal benda kecik . Apa kata kita mengalah dan meminta maaf . Tk kisahla apa yang budak tu pernah buat , bunuh abah kita ke , rampas boyfriend kita ke . Kita mintak je maaf dulu . Tak guna lah weyh gaduh bertahun tahun , dendam sini dendam sana . Tk bawak apa apa faedah pun . Kalau orang tu tak nak maafkan kita , cuba lagi . Jangan putus asa .... Kalau orang nak mintak maaf kat kita , maafkanlah . Tak payahla nak ego tinggi menggunung sangat konon kesalahan dia tu tak boleh dimaafkan . Sedangkan nabi pun ampunkan umat dik oooiii .


lagi pon kalau ye nak mengumpat ke nak mengutuk ke pilih orang jugak tu ye dok.ni main rembat pon tak berapa bagus sangat.pakai cerita je dekat kawan baik yang kau nak umpat tu.sebab nanti kawan lagi satu tu tau tak ke rasa macam kelakar.lepas tu bila si kawan tu dah rasa kawan dia yang konon konon paling baik mcm angel tu rupanya kunyah kunyah dia dalam diam mesti nak pura pura baik pon menyampah lain lah kalau mmg dia tu kuih talam.



assalamualaikum.fuhhhh.

Monday, June 27, 2011

KAWAN TIKAM BELAKANG

BAHABI
huh.
tak pasal-pasal awal pagi dah kena maki dengan aku.
memang dasar kawan ambil kesempatan. Memang aku dah agak,korang semua memang tak cooperate langsung kan.


Memang aku dah syak dari awal lagi,korang semua ada niat nak tinggal aku.
Mentang-mentanglah aku baru lagi berkecimpung.
korang semua memang tak bagi muka langsung kat aku.
bukan nak mengungkit,
tapi dulu, kalau ada kerja kosong, aku jugaklah yang korang cari mintak aku tolong jadi walaupun sekadar tukang sapu dekat kedai.
kalau nak upgrade semua mintak tolong post dekat wall tag tag nama aku.
kalau ada barang yang korang perlu, kat aku jugaklah korang request.
tengok-tengok korang tikam aku dari belakang.huh.





setakat ni dah 4 orang yang dapat potong level aku dalam game MY SHOP.
aku takkan biarkan perkara ini berlarutan. huh
jeles tengok korang punya kedai lawa lawa.HAHA HAHA

ade jugak aku pos dekat wall password dengan email aku bia korang tolong cantik kan kedai aku.terbaik weh

Monday, June 20, 2011

ranjang

Hebat di Ranjang

Di suatu petang yang indah. Selepas waktu pejabat. Sekumpulan akak-akak dan makcik pejabat kerajaan duduk berkumpul di meja salah seorang dari mereka - berkongsi sebungkus pisang goreng panas yang dibeli dengan harga RM3 - berbual sambil menunggu suami masing-masing jemput.

Dari topik tudung sampai ke topik saiz hidung, sampai ke topik anak-anak dan ke topik suami dan ke topik ranjang.

"Suami aku mengatakan yang aku hebat di ranjang, tau!" kata salah seorang daripada kakak-kakak tersebut.

"Ah suami kau. Semua perempuan dia nak cakap 'hebat'!," balas kakak yang lagi sorang.

"Apa maksud kau 'semua perempuan?" tanya kakak yang pertama tadi kepada kakak yang kedua - sambil memandang tepat ke mukanya.

Keadaan jadi senyap sunyi.

Bunyi meriah kunyahan tepung pisang goreng tadi pun tidak lagi didengari.

Monday, June 13, 2011

alahai

Setia mana kau rasa, kalau dengan Tuhan pun kau susah nak setia, inikan pula dengan manusia?"



Padahal kau boleh je kan? Cuma malas, buat tak reti, 'eh nantilah', buat-buat diam dan biarkan kesetiaan itu berlalu pergi. Macam angin kau perlakukan kesetiaan tu. Konon di mulut kata cinta, di hati kata 'ye aku sayang'. Tapi, hakikatnya bila kau tarik nafas dalam-dalam, kau renung balik, kau ingatkan balik apa yang kau dah buat selama kau hidup ini. Baru kau nak sedar bahawa Tuhan itu hanya kau gapai bila susah.


Bercinta memang indah. Tapi, semanis cinta itu sekalipun kalau kau tak tabur gula, kau tak bancuh. Cinta itu akan jadi automatik pahit. Sebab apa pahit? Sebab di biarkan mendak tak berusik, berbau tengik yang akhirnya bila di telan cinta yang pahit itu, boleh buat berak-berak sakit hati


Apa anologinya 'di biarkan mendak itu' dan 'tidak di tabur gula itu?'


Mudah saja, manusia bercinta bukan sekadar duit dan seks. Itu nombor dua-tiga-empat. Tapi, yang di letakkan pertama ialah perhatian dari seseorang yang dekat dan istimewa. Kasih sayang dan komited kepada tanggungjawab kepada pasangan yang melibatkan emosi.


"Aku punya manja hanya kau saja boleh rasa" - Fynn Jamal



Perlu kah kau bermanja dengan orang lain? Bergaul mesra menimbulkan figura negatif dalam diri pasangan kau? Kau buta? Kau terlalu angkuh dengan prinsip yang kau betul segalanya? Komited kau pada kesetiaan membuatkan kau membuang cinta jauh-jauh sampai kau rasa puas dengan apa yang kau inginkan?


Reverse sikit diri kau, ingatkan di mana kau mulakan hubungan ini? Adakah dari satu pegangan tangan? Adakah dari satu lafaz, "Boleh saya berkenalan dengan awak?". Adakah dari sms ringkas berbunyi "Hai, dah lama saya perhatikan awak, leh kenal?". Atau dari pandangan mata pertama yang membuatkan kau teringat pada ibu kau yang jauh di mata?


Semua nya bermula dari permainan logika yang di panggil 'keinginan'.


Dan aku ingin bertanya pada kau-kau semua. Adakah keinginan boleh di hentikan macam menghentikan pencatat masa? Pencatat masa boleh di hentikan, tapi masa terus bergerak dan berlalu. Seperti keinginan, kita boleh berhenti mahukan sesuatu, namun suatu hari nanti kita pasti inginkan balik apabila keinginan itu di kumpul dan terkumpul untuk di luahkan.


Ya, keinginan dan cinta merupakan satu relatif yang selari.


Sedarlah para pencinta sekalian, renungkan lah para pengamal kesetiaan sekalian. Di belakang, kiri, kanan dan hadapan kamu ada sesuatu yang di panggil titik noktah. Yang mana pilihan kalian, itu di tentukan oleh diri masing-masing. Berbeza jalan tetapi satu lokasi. Jika sekalipun kau mahu mengambil jalan belakang, jalan pintas, ia sama. Keinginan dan cinta tetap memburu akal dan nafsu sampai ke nafas terakhir. Mungkin juga sampai ke liang lahad bila kau terdengar tangisan suara kesedihan meratapi pemergian kau menghadap ilahi. Kau ratapi dengan kekesalan ;


"Betapa ruginya aku di dunia kerana tidak tunjuk ikhlas setulus hati"


Di hujungnya nanti, sama ada jalan kau betul atau tak. Cinta dan setia kau bermakna atau tak. Ia akan di lenyapi dengan titik noktah.


Sudah lah, lepaskan dia pergi. Lepaskan perasaan kau, jiwa dan raga kau yang kau seal untuk dia tapi tak bermakna kerana kau senantiasa kecewa. Lepaskan dia jika kau terus DI GANTUNG TAK BERTALI.


"Harapan ialah impian", adalah kata-kata untuk mereka yang mencari kesalahan untuk di timbal balik menjadi sebuah kelebihan. Kau tiada itu jika kau DI GANTUNG TAK BERTALI.