Wednesday, November 17, 2010

QURBAN ATAU KORBAN



jason mraz with colbie coillat-lucky
taylor swift-love story

aku teringat masa dulu kala kau nyanyi lagu ni dan translate dalam bahasa melayu buat aku rasa kau sangat comel kau tau tak.

dah dekat setahun dah,tapi kau tak pernah hilang dalam ingatan.pergilah kasih pergilah cinta.yang tinggal puisi cinta kita berdua bersemadi di lubuk hati lurah durjana.sepedih mana hati menahan seperit mana rasa ditanggung,aku tahu cinta aku hanya untuk engkau.selamat hari raya aidil adha.tulus ikhlas dari saya izzaty shazwani idris.

Sunday, November 14, 2010

berita baik atau berita buruk


1)Yang satu tak terjaga,ada hati nak yang kedua!

2
)Umo dah tua bangka dah,tak sedar diri

3)kubur dah kata mari,rumah dah suruh pergi lagi nak menggatal


Di atas adalah antara spesis jawapan yang para isteri beri kepada suami yang memohon sama ada secara langsung atau secara kantoi untuk bernikah lagi. Dengan erti kata lain (TAK BOLEH LAH MANGKUK!)

Sangat jarang dan sukar kita nak dengar si isteri bagi respon yang paling manja bak kata omputeh sweet sangat seperti ini

1)boleh bang,kawinlah.boleh juga saya ada teman nak ajak berborak

2)kalau abang kawen,jaga madu saya elok elok.jgn lukakan hati dia

3)nanti dah kawen.kita semua duduk satu rumah.senang kan abang jugak

Tapi cuba tiba tiba lah.satu malam si isteri bersimpuh depan suami dan berkata."abang,sayang tgk gaji abang ni dah berlebih lah.kita pon hidup anak beranak bukan nya guna apa sangat pon.apa kata abang bernikah satu lagi?"

agak agak si suami nak jawab ape ha kawan kawan?silap silap mati terkejut.


p/s:onie nak bakal suami onie kawen banyak banyak.boleh onie dapat payung emas.HAHA HAHA

Friday, November 12, 2010

coca cola

sudah tentu sejenis minuman.yang kadang kadang menjadi addicted kepada seseorang tak kira tua atau muda.ade sampai aku tgk masa dekat hostel dulu sanggup simpan syiling pasal setiap hari nak beli airtin coca cola kat mesin gedegang(mesin airtin tu lah)

tadi ada baca link pasal kelebihan coca cola.aku pon tak percaya mulanya.banyak jugak kebaikan dia

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

tapi korang kene ingat jugak.coca cola ni baik untuk kegunaan luaran je.cuma kalau coca cola ni masuk dalam perut korang.apa yang jadi?kita pon tak tau kan.pegi scan tgk sendiri lah.

walaupun aku tak gemar sangat minum minuman bergas tapi aku terpaksa minum time aku tengah datang bulan(period) sbb memudahkan pengeluarkan supaya lebih cepat dan kurang tekanan.


SEDAP

tajuk pon kalau korang baca mesti korang agak SEDAP untuk lihat apa kandungan nya.sedap mengandungi pelbagai maksud yang ditafsir oleh beberapa golongan dalam abad ini.check it out ;D

ayat 1
weyh,terliur aku tgk aiskem tu macam SEDAP je.

ayat 2
aku dah baca dah buku ni.isi dalam dia mmg SEDAP

ayat 3
kau jangan nak SEDAP SEDAP je maen tuduh aku bukan bukan.

ayat 4
fulamak,badan minah ni mmg SEDAP

ayat 5
SEDAP sayang?aah bang sangat SEDAP

sebenarnya mmg kita rasa dialong kat atas ni berbeza padahal sebenarnya sama je.SEDAP melambangkan keseronokan kepada setiap individu tidak kira ditujukan untuk makanan atau perbuatan.fikiran yang sempit membuatkan perkataan kita disalah tafsir.okay semua.selamat menyedap.opsss. ;D

Thursday, November 11, 2010

ubat ketiak

orang zaman sekarang pentingkan kecantikan yang dapat dipandang oleh mata kasar dan dinilai dari luaran.

dari segi contoh yang aku nak kongsikan dengan korang.mari kita sama sama terjah ;D

SITUASI PERTAMA
mamat A terserempak dengan gadis B dari jauh.mmg bergetah habis.rambut panjang ikal mayang.senyuman manis mencairkan setiap lelaki.apa lagi si mamat A ni kompem kompem la nak buat buat terserempak dengan gadis B(trick nak mngorat la konon)sekali lalu je sebelah gadis B masyallah nauzubillah bau badan.lu pikir la sendiri.

SITUASI KEDUA
mmg jadi lumrah manusia ada segelintir yang tak mahu terima kekurangan diri.bukan nak kata apa la.perangai aku sendiri pon macam tu kot.tapi dalam kisah ni lain ragamnya dimana tak nak sedar diri sendiri badan berbau.kalau orang tegur mula lah buat muka.melenting tak tentu pasal.ini untuk kebaikan kau jugak.

SITUASI KETIGA
seperti hari hari biasa,dalam satu minggu terdapat hari yang paling dinantikan oleh setiap pasangan(yang sudah berumahtangga)hari khamis malam jumaat.lampu rumah yang sentiasa terang sampai tengah malam,lepas isyak je dah tutup.lagi lagi kalau pekena tongkat ali dengan kacip fatimah.HAHA HAHA.tapi ape kes baru nak mula je salah seorang dari pasangan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.tak kisah lah lelaki mahupun perempuan.alamatnya tertangguh lah kamu pada hari tu.sabar jelah nasib badan ;D

p/s:tak perlu lah nak beli minyak wangi berjenama atau pergi ke spa untuk mandian wangian,.cukuplah sekadar kita bersihkan diri dirumah dan memakai ubat ketiak atau dengan kata sopan nya deodorant bagi keselesaan kita dan orang sekeliling.post ni dibuat ntok aku jugak yang selalu sangat malas nak mandi bukan bermaksud tak mandi cuma suka bertangguh.hehehe.

KELABU TAHI ANJING

kenapa mesti kelabu?apa keistimewaan dia?bukan cantik pon background dia.
LAH!ada jugak persoalan macam tu aku terima.

oklah senang cerita.aku buat background kelabu ni untuk menunjuk kan keaadaan hidup aku yang malap.selalu orang rasa nak pilih hitam gambarkan kejahatan ke apa ke nak rasa simple tapi untuk menampak kan kecerahan di sebalik kegelapan aku gunakn warna kelabu.puas hati?dah explain kan sekarang.so selami hati aku.lihat dunia aku bagaimana.berkawan dengan aku dan fahami keaadaan kehidupan aku baru kau boleh membenci atau menghina.jangan kau rasa senyuman yang aku lemparkan memberi banyak kebahagiaaan pada kau tetapi sebenarnya aku menderita didalam.

nyanyuk

sebenarnya tajuk ni tak berapa sesuai.sbb nak dikatakan nyanyuk tidak sama sekali.hanya dianggap pelupa barangkali.dah lama rasanya tak update blog.macam macam benda jadi kat aku beberapa bulan yang lepas membuatkan aku jauh dari dunia fantasi.

okay.pasal nyanyuk tadi tu bukan apa.hanya terlupa username yang aku gunakn ntok pecah masuk blog ni.setelah penat hempas pulas.aku berjaya.yeah onie hebat.lepas ni bermulah hidup aku kembali meludah ke bumi nyata.sekian.