Wednesday, February 2, 2011

benar!tak tipu ni weh

1. Bila lelaki lambat reply msg, tak angkat call atau hilang kejap, si perempuan akan bising. Lagi bahaya, dorang syak wasangka kononnya lelaki curang. Perempuan perlu tahu, lelaki kuat tidur, sebab tu tak reply msg. Perempuan kena tahu, lelaki malas nak caj batry fon, sebab tu tak dapat jawab call kerana batry KONG. Dan lelaki kena tahu,aku paham keadaan korang so pilihlah aku sebagai teman hidup :)

2. Setiap orang mahukan pasangan yang terbaik, pasangan yang memahami mereka, pasangan yang sentiasa ada di sisi mereka dalam apa jua situasi. Pendek kata, mereka aim pasangan yang sempurna. Kekurangannya, mereka mahu yang terbaik untuk diri mereka tetapi mereka tidak menjadi baik untuk orang lain. Sebab itulah hubungan tak kekal, semua inginkan kehendak masing-masing tanpa mengira kehendak pasangan.

3. Kalau aku ada duit, aku akan cipta satu rangkaian prepaid di mana kita boleh msg, mms, call, video call dan internet dengan percuma. Dengan niat yang baik ni, doakanlah untuk aku berjaya dan "berduit" :)

4. Orang akan marah kalau kita tak jawab msg, post, call atau email mereka. Ini kerana, mereka hanya akan tanya benda yang sama. "Dah makan?" "Dah mandi?" "Dah itu? Dah ini?". Cubalah ubah gaya bicara agar ia lebih menarik supaya orang suka nak bergaul dengan anda.

5.sekarang pasangan bercinta suka rakam aksi di kamar dalam telefon bimbit sebagai kenangan.dah break kene sebarkan dalam internet.macam tu ek?

6. Bila gf/bf main comment, msg, call atau berhubung dengan orang lain, si pasangan akan marah dan melulu marah. Sebelum ambil tindakan, fikir dulu. Cemburu bagus, ianya tanda sayang. Tapi cemburu ada had, kita bebas untuk berkomunikasi. Itu sebab bila couple susah, terbatas pergaulan kita. No wonder lah sesetengah orang suka menyingle dalam masa yang lama, macam aku :)

7. Tak terus terang yang kita suka pada seseorang sebab takut kalau dapat jawapan yang kita tanak dengar. Ianya bodoh, kita sepatutnya straightforward. Lebih baik ambil risiko dari terus berharap dekat orang yang tak suka kita :)

8. "B, I love you." "B, I miss you." "B, I'm yours." - Itu masa bersama.
Kalau dah break, dorang post kat status - "Jantan tak guna!" "B is for babi." "Go to hell anjeng!" Haha, couple budak-budak, geli hati :D

9. Kepada couple pada umur antara 14 hingga 17 tahun, jika pasangan anda mula bertanya "B, nanti kita kahwin berapa anak kita eh?" atau "Nak namakan dia apa ha?", itulah punch line terbaik untuk anda tinggalkan dia.

10. Kenapa sesetengah orang suka sangat nak buat sampai dua account Facebook? Maaf, tapi itu tamak namanya. Edit jelah friendlist kalau dah full.setakat kawan ramai malas nak tegur pon tak guna jugak kan.

11. Sesetengah perempuan sangat pelik.macam aku. Sesetengah yang berambut panjang akan memotong rambut mereka menjadi pendek atas alasan ingin mencari kelainan. Dengan itu, nasihat atau bantahan akan diendah. 2 hari selepas mendapat 'rambut baru', mereka akan menangis dan mula menyesal. Ianya fakta.

12. Kalau sombong sangat, tak payah main Facebook, Twitter atau apa-apa. Pergi main snake dekat telefon Nokia lampu kuning.

13. Sebelum add orang, tolong belajar cara nak post dan menegur.

14. Kalau takde mood, tak payah sibuk nak post status yg kau tade mood. Konon tanak org kacau, logout jelah.paling koman pon org like je post tu kan.

15. Pretty girl and handsome boy should be thankful for the looks that God gave to you. Don't be too choosy when it comes to friend. Reply the ugly's posting tho, we adored you. Remember, you're nothing without the ugly fans.

16. Kalau kita suka seseorang, tapi dia tak lawa pada rupa tapi sangatlah baik dan lawa budi pekertinya. Takpayahla nak fikir kita terlepas yg cantik atau handsome dari dia.

17. To all the single dude, now put your hands up! Smile at me, say hye to me, come and hug me here. Give me your number and I'll call you later.

18. Orang yang suka mengutuk orang lain itu, adalah manusia yang bermasalah. Apa yang buat mereka selesa ialah mengata orang lain yang mereka tidak kenal dengan lebih dalam. Tak guna layan orang begini.

19. Setakat Justin Bieber datang Malaysia, sanggup budak tu kerja part-time semata mata nak kumpul duit beli tiket, tolonglah rugi masa, rugi tenaga.aku cakap untuk diri aku ni.HAHA HAHA

20. Setakat dalam Facebook popular la kau, kawan sampai seribu lebih, orang ligat like gambar dan status kau. Tapi dekat luar kau bukan sesiapa.

21. Status bukan main, mengalahkan cikgu bahasa Inggeris. Speaking macam orang England kat status, depan depan macam orang Jawa.

dalam 21 ni.aku suka yang no 17.aku taip sambil tersenyum tadi.peewitt :)

1 comment: