Thursday, February 24, 2011

bie bie bie babi.HAHA HAHA

Aku baca kat blog tah sapesape nih, semua cerita,

"Bie.. i sayang u lah."

"Bie kenapa u tak angkat call i. i rindu u la.."

such and such. banyak kot!

Eh. bukan jeles. cuma rasa seriau sangat sangat. susah la dik oii.. jangan terlampau sayang sangat kat seseorang tu. nanti bila dia buat hal, sendiri jugak yang merana. beringat la..

bila orang memberi nasihat kita akan pk,

"eleh.. saje je cakap camtu. ala..aku tau My Boyfie tu takkan macam tu."

anything could happen in future. we never know. kan?

Kita gerun tengok orang yang banyaaak scandal nih, tapi bila pk tentang "couple" sendiri,

"oh never be la! i know my boyfie so much than u okeh. u jangan nak memandai mandai kasi nasihat"

Kalau orang tu baik, Alhamdulillah. kalau yang setakat nak buat main saja nak isi tempat kosong atau dikenali sebagai desperate? ehhhh... perempuan senang cair weh. tak tipu.

Lelaki sangat suka bermain dengan kata-kata. percayalah dik oiii.. jangan terlalu cepat percayakan lelaki. atau! terlalu cepat sayangkan lelaki tu. buatlah sombong macam mana pun. tengok macam mana dia nak tackle. Masa tu baru menilai. nanti menyesal tak tahu haaaa.

haih la.

Thursday, February 17, 2011

HEART YOU


I wonder, if you broke a heart one too many times, how long will it take to mend?

What if it was like a ceramic heart, will it ever be the same again? Or is it just like a mug which fell off the table and gained a new crack each time? There's only so much cracks a mug can take before it loses the ability to hold water. Only so much a broken heart can take before it starts to leak. What goes in the broken ceramic heart, always leaks out. There's hardly anything left for you after a while.

What if it was a glass heart, once broken, considered thrown.

What if it was a paper heart, you can cut it out anytime. When you're done, you can glue it on again, but it'll never be placed properly, it'll always be a little bit off.

What if it was a rubber heart? You try to break it, it always bounces back. Full of optimism and so elastic, that rubber heart. It refuses to believe that anything can alter the way it feels about love. Leave it too long by itself, it loses that elastic hope; Break it one too many times, it might never regain its shape.

What if it was a plastic heart? You can try to break it many times, but it feels nothing. It's not even biodegradable. It is just out there, it doesn't expect, just hopes. It also can't love you back.

The plastic heart at one time has been a ceramic heart, a glass heart, a paper heart or a rubber heart. But cynicism has mutated it into becoming plastic.


What kind of heart do you have?

p/s:i need somebody to take my heart and tell me that he loves me.wiil you?

Thursday, February 10, 2011

jojako

Lelaki Idaman?

Biasanya kalau cakap pasal lelaki idaman ni, perempuan baya aku akan include 'ada sense of humour' dalam senarai dia. Biasanya lah. Sebab dia patut dah matang and tau lelaki setakat ada rupa dan tak ada personaliti boleh jadi sangat membosankan, dan siapa tak suka orang yang kelakar?

Dan biasanya 'ada sense of humour' tu ada pada tangga pertama atau top 5. Baru-baru ni aku sedar kriterion ini ada defect sikit.

You don't want a guy with a sense of humour. You want a guy with your sense of humour.

Cuba kalau kamu jenis yang sukakan dry humour, dan dia sukakan lawak Jackass. Atau dia rasa korek hidung, sendawa dan kentut depan kamu tu kelakar. Sedih juga kalau kamu buat lawak dan dia tak paham. Atau setiap kali dia buat lawak, kamu tak sedar dia buat lawak. Sedih, sedih.

kalau bercerita pasal umur pulak.zaman sekarang tak jadi masalah.cuba tengok datuk k dengan siti,rita rudaini dan aidil.linda dan que haidar pasangan terbaru maria farida dengan shahz jazlee.
kalau macam tu kakak nak pilih adik boleh?HAHA HAHA

Sunday, February 6, 2011

CINTA BERSATU

bola bola bola.apesal baru nak citer pasal bola ni,haishhh.eh biala.blog aku ke blog kau.opssss.jgn marah nanti kene jual.

tak sabar.tak sabar dan tak sabar.eh kau ni onie dah kenapa.eleh korang pon mesti nak tau kenapa.

fyi.harini pemain bola kecak fernando torres idaman hati main dalam team bole kesayangan aku.chelsea chelsea.dulu berbelah bahagi cinta nak pilih torres ke chelsea.sekarang tuhan temukan jalan penyelesaaian.ceh.sapa kata aku tak pandai dalam bab bab cinta.ni cinta aku selesai.cinta korang macam mana pulak.

macam dalam kisah cinta .eh ni mmg pasal cinta bukan bola.korang bayang kan lah dilema torres berhadapan dengan pasukan lawan yang pernah dianggap nywanya sendiri.dipendek kan cerita macam ex boyfriend nak jumpa exgirlfriend ditemankan kekasih baru.ape perasaan.mungkinkah banyak pergaduhan berlaku.adakah pengadil pilih kasih,ataupun banyak kad kuning dan kad merah.kita tunggu esok.tak payah pening pening kerut kerut dahi pikir.

aku ade rahsia nak bagitau korang semua.ni pon aku baru tau tadi sebab baru dapat panggilan call dari si dia.ikuti perbualan kami

torres:hello baby onie
onie:hello kembali(jual mahal)
torres:malam nanti i ade match.u jgn lupa sokong i.i kan dah tukar ke team kesayangan you.mungkin esok i lebih kacak berbaju biru.
onie:okay.
torres:u nak tau i pindah ke team chelsea ni semata mata untuk youu sayang.i rela apa saja untuk youu.demi you i sanggup hilang fans tapi i tak sanggup you asyik lebihkan drogba dari i.and now i buat keputusan i jadi pemain untuk team chelsea.ini hadiah valentine i untuk youu.

tettttttttttttttt...panggilan terputus sebab aku speechless.HAHA HAHA

TAK SABAR TENGOK TORRES BERJERSEY BIRU <3

Friday, February 4, 2011

benci tapi nak jugak

Entri santai. Ye la, dah seminggu berbicara soal fakta, nak juga berbicara perkara yang lebih sempoi dan peribadi. Maka untuk entri kali ni, aku nak buka pekung di dada aku sedikit agar boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat mereka yang mula berjinak-jinak dengan cinta.

Mesti ramai pembaca ni yang ada ex-boyfriends atau ex-girlfriends bukan? Dan mesti ramai juga yang membenci cukup-cukup ex mereka dan kalau boleh, tak mahu bertegur atau berjumpa langsung. Bukan itu sahaja, nak pandang gambar dia pun rasa menyampah!

Jangan tak tahu, aku pun punya ramai ex-boyfriend.Tapi aku tak lah sekejam tu sampai nak membenci mereka habis-habisan. Kami masih lagi berkawan, cuma tak lah seakrab dahulu. Tak boleh juga nak berjumpa selalu, bahaya, kalau sebulan sekali tu mungkin bolehlah. Lagipun semua ex-boyfriend aku sangat menarik dipandang mata – silap haribulan, boleh terliur insan yang memandangnya! Nak ke berkenalan dengan mereka?

1 – Rojak Buah
Yang ni ex aku yang bersifat juicy lagi menggiurkan. Rupanya hitam manis, betul aku tak tipu, sangat manis. Tapi siapa sangka, manis-manis pun pandai juga nak kikis harta kesihatan aku. Itu perkara yang aku paling tak suka.kat melaka rojak buah paling best yang orang jual tepi pantai.manis manis pedas.lahabau sodap ea.

2 – Susu Pekat manis
Susu Pekat?Ni antara pakwe yang paling lama juga aku kenal. Sejak dari kecil couple, memang agak susah juga untuk tinggal dan melupakannya dulu. Mana taknya, sebelum pergi sekolah dulu, kami akan dating dulu, bukan sehari, tetapi tiap-tiap hari! Tak seperti rojak, yang ni memang putih manis, memang pilihan hati semua warga Malaya.

3 – Mee Segera
Tak kisahlah yang jenis berkuah mahupun yang jenis goreng, semuanya sama. Dahlah berambut kerinting, dengan mengambil bau nya saja dah cukup membuatkan hati tertambat. Pernah suatu ketika, aku memang kemaruk dengan dia ni sampai habis sekotak besar (30 bungkus) aku habiskan semasa bulan puasa semester 1 di kolej.asal sahur je maggi.maggi je sahur.! Gila? Memang aku kemaruk cinta masa tu. Benarlah kata pujangga, cinta itu buta!

4 – Makanan/keropok Ringan
Ex-boyfriend aku yang ni berbadan pipih, tetapi sedap. Nak dating dengan dia ni pun tak memerlukan modal yang banyak, 20 sen je.dalam banyak banyak keropok.aku suka pilih super ring.siap ade lagu lagi.super ring lazat super ring riang,super ring super ring super ring.

5 – Minuman Ringan
Minuman ringan? Mungkin masih ramai diluar sana yang “in relationship” dengan mamat yang satu ni. Dressing dia tak perlu nak cakaplah, bukan kemain lagi, memanjang nak melawa. Bentuk badan pun ramping, dan selalunya badan dia aku akan simpan buat kenangan atau beri pada mak supaya boleh disimpan air masak (kosong) di dalamnya kelak.macam zaman sekolah dulu.botol tak menahan,dalam air kosong je :)

6 - Kek Berkrim
Boleh dikatakan seminggu sekali juga aku berdating dengan dia ni, terutamanya sekitar zaman sekolah rendah. Sekolah rendah dah pandai berdating? Biasalah, baligh awal.tapi febret yang secret recipe punya.tak macam nak jilat ibu jari rasa dia.tapi sekarang takdehal.wa dah boleh buat kek sendiri :)

7 – Daging Burger
Sama seperti ex yang nombor 6, dengan yang nombor 7 ni pun selalu juga aku berdating terutamanya masa belajar di kuantan dulu.Biasalah, lumrah duduk jauh dari family, nafsu nak berdating tu bukan kemain lagi memuncaknya. Sangap.

8 – Gula-gula
Ni juga antara ex yang aku kenal sejak zaman kanak-kanak Rebina lagi. Sayangnya, nama dia bukan Rebina tetapi “Nano-Nano” (mati-mati aku ingat nama dia Nona nonie),ceh ceh.tapi lagi menarik gula hantu.ala jangan lah lembab sangat.gula yang bila lepas kita makan mulut kita bewarna warni tu la.ha!yang tu la.pandai pon.

Mereka ni memang tak boleh dipercaya langsung. Aku dah cakap, jangan pakai “minyak wangi” banyak-banyak, tetapi mereka degil. Berkilo-kilo jugalah minyak yang mereka pakai, sampai lama-lama aku pun berasa tekanan. Tanpa berfikir panjang, aku pun terus cakap, “Ok sayang, mulai hari ini, kita jangan text (sms) lagi dah. I tak suka boyfriend yang hipokrit. Tapi kalau nak jumpa I sebulan sekali bolehlah kot. Itupun kalau U yang rindu I. Selain daripada tu, kirim salam!”

Itulah dia 8 ex-boyfriend aku yang pernah kerap hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu. Namun, seperti yang aku kata tadi, aku ni bukanlah seorang yang kejam. Sebulan sekali tu adalah aku jumpa mereka, itu pun kalau terserempak di mana-mana. Kalau tak terserempak, jangan haraplah aku yang pergi cari mereka. Namun diharapkan anda janganlah pilih mereka sebagai teman sehidup, ok?

sekarang aku dah jumpa boyfriend baru yang memenuhi selera wanita aku.jeng jeng jeng

Wednesday, February 2, 2011

benar!tak tipu ni weh

1. Bila lelaki lambat reply msg, tak angkat call atau hilang kejap, si perempuan akan bising. Lagi bahaya, dorang syak wasangka kononnya lelaki curang. Perempuan perlu tahu, lelaki kuat tidur, sebab tu tak reply msg. Perempuan kena tahu, lelaki malas nak caj batry fon, sebab tu tak dapat jawab call kerana batry KONG. Dan lelaki kena tahu,aku paham keadaan korang so pilihlah aku sebagai teman hidup :)

2. Setiap orang mahukan pasangan yang terbaik, pasangan yang memahami mereka, pasangan yang sentiasa ada di sisi mereka dalam apa jua situasi. Pendek kata, mereka aim pasangan yang sempurna. Kekurangannya, mereka mahu yang terbaik untuk diri mereka tetapi mereka tidak menjadi baik untuk orang lain. Sebab itulah hubungan tak kekal, semua inginkan kehendak masing-masing tanpa mengira kehendak pasangan.

3. Kalau aku ada duit, aku akan cipta satu rangkaian prepaid di mana kita boleh msg, mms, call, video call dan internet dengan percuma. Dengan niat yang baik ni, doakanlah untuk aku berjaya dan "berduit" :)

4. Orang akan marah kalau kita tak jawab msg, post, call atau email mereka. Ini kerana, mereka hanya akan tanya benda yang sama. "Dah makan?" "Dah mandi?" "Dah itu? Dah ini?". Cubalah ubah gaya bicara agar ia lebih menarik supaya orang suka nak bergaul dengan anda.

5.sekarang pasangan bercinta suka rakam aksi di kamar dalam telefon bimbit sebagai kenangan.dah break kene sebarkan dalam internet.macam tu ek?

6. Bila gf/bf main comment, msg, call atau berhubung dengan orang lain, si pasangan akan marah dan melulu marah. Sebelum ambil tindakan, fikir dulu. Cemburu bagus, ianya tanda sayang. Tapi cemburu ada had, kita bebas untuk berkomunikasi. Itu sebab bila couple susah, terbatas pergaulan kita. No wonder lah sesetengah orang suka menyingle dalam masa yang lama, macam aku :)

7. Tak terus terang yang kita suka pada seseorang sebab takut kalau dapat jawapan yang kita tanak dengar. Ianya bodoh, kita sepatutnya straightforward. Lebih baik ambil risiko dari terus berharap dekat orang yang tak suka kita :)

8. "B, I love you." "B, I miss you." "B, I'm yours." - Itu masa bersama.
Kalau dah break, dorang post kat status - "Jantan tak guna!" "B is for babi." "Go to hell anjeng!" Haha, couple budak-budak, geli hati :D

9. Kepada couple pada umur antara 14 hingga 17 tahun, jika pasangan anda mula bertanya "B, nanti kita kahwin berapa anak kita eh?" atau "Nak namakan dia apa ha?", itulah punch line terbaik untuk anda tinggalkan dia.

10. Kenapa sesetengah orang suka sangat nak buat sampai dua account Facebook? Maaf, tapi itu tamak namanya. Edit jelah friendlist kalau dah full.setakat kawan ramai malas nak tegur pon tak guna jugak kan.

11. Sesetengah perempuan sangat pelik.macam aku. Sesetengah yang berambut panjang akan memotong rambut mereka menjadi pendek atas alasan ingin mencari kelainan. Dengan itu, nasihat atau bantahan akan diendah. 2 hari selepas mendapat 'rambut baru', mereka akan menangis dan mula menyesal. Ianya fakta.

12. Kalau sombong sangat, tak payah main Facebook, Twitter atau apa-apa. Pergi main snake dekat telefon Nokia lampu kuning.

13. Sebelum add orang, tolong belajar cara nak post dan menegur.

14. Kalau takde mood, tak payah sibuk nak post status yg kau tade mood. Konon tanak org kacau, logout jelah.paling koman pon org like je post tu kan.

15. Pretty girl and handsome boy should be thankful for the looks that God gave to you. Don't be too choosy when it comes to friend. Reply the ugly's posting tho, we adored you. Remember, you're nothing without the ugly fans.

16. Kalau kita suka seseorang, tapi dia tak lawa pada rupa tapi sangatlah baik dan lawa budi pekertinya. Takpayahla nak fikir kita terlepas yg cantik atau handsome dari dia.

17. To all the single dude, now put your hands up! Smile at me, say hye to me, come and hug me here. Give me your number and I'll call you later.

18. Orang yang suka mengutuk orang lain itu, adalah manusia yang bermasalah. Apa yang buat mereka selesa ialah mengata orang lain yang mereka tidak kenal dengan lebih dalam. Tak guna layan orang begini.

19. Setakat Justin Bieber datang Malaysia, sanggup budak tu kerja part-time semata mata nak kumpul duit beli tiket, tolonglah rugi masa, rugi tenaga.aku cakap untuk diri aku ni.HAHA HAHA

20. Setakat dalam Facebook popular la kau, kawan sampai seribu lebih, orang ligat like gambar dan status kau. Tapi dekat luar kau bukan sesiapa.

21. Status bukan main, mengalahkan cikgu bahasa Inggeris. Speaking macam orang England kat status, depan depan macam orang Jawa.

dalam 21 ni.aku suka yang no 17.aku taip sambil tersenyum tadi.peewitt :)

ape ni?ape tu?

apa itu cinta?
kau tahu tak maksud cinta?
aku tak tahu
adakah cinta itu setakat couple pegang tangan
letak status in relation dalam facebook
tayang gambar kemesraan bersama
lagi best kalau kawan kata SWEETNYA KORANG(anne nak ayat ni)HAHA HAHA

JAWAPAN YANG DITERIMA
ala boleh lah kau cakap macam tu
kau tak rasa penangan angau bercinta tu lagi
bila kita bercinta rasa dunia ni macam kita yang punya

alu tak tahu.aku tak tahu.aku tak tahu.

aku tak arif hukum agama
tapi aku pernah bercinta dulu
zaman zaman muda remaja
sekarang dah tua bangka
sudah mature sikit

jadi
macam tu ke cinta manusia
murah dan boleh dibeli
turuan dan tak ori
macam tu baik tak yah bercinta
aku blur
aku tak percaya cinta

kalau yang facebook punya status duk hapdet jgn kacau kekasih aku.kekasih aku milik aku.aku bersama kekasih ku selamanya.dah boleh simpan untuk kau dan kekasih kau.tapayah nak tunjuk sangat.kami semua tahu kau berbahagia :)

Tuesday, February 1, 2011

10 pemikiran tipikal dunia kelas ketiga orang kita.

1) Suka bertanya pada benda yang dah jelas tahu jawapannya. Contohnya bertanyakan sesorang yang tengah memasak apa yang sedang dilakukannya- takde common sense.


2) Sebut perkataan babi dianggap mencarut, tapi tidak bila menyebut anjing. Oh, perkataan tetek juga may sound offensive to some eventho benda tu bukan aurat pada lelaki pun. Kalau offended, makanya eloklah lepas ni tukar ayat seperti ini - Auderyah sedang memayudarakan anak kecilnya yang merengek kelaparan.


3) Kalau dihidangkan makanan (misalnya 10 biji karipap), mesti ditinggalkan sebiji karipap. Dengan alasan segan mahu menghabiskan kesemua karipap tu sehingga diberitahu tuan rumah "eh,habiskan lah, jangan segan-segan".


4) Kebanyakan ibu bapa (termasuk Perempuan Cantik dan Lelaki Macho sikit2) akan menggalakkan anak2 untuk bekerja dengan government. Terjamin sikit-kata mereka. DAN kebanyakannya menganggap kerjaya doktor, jurutera, peguam itu sesuatu yang "besar", dan merasakan menjadi pelukis, anthropologist, pemuzik itu tidak memberi kehidupan yang terjamin.


5) Solat sunat Aidilfitri bagi kebanyakan orang is a must-do, padahal solat2 fardhu yang lain endah tak endah je.


6) Lelaki yang tidak bermain bola sepak itu kurang jantan. Kalau macam tu, kesian lelaki2 yang duduk Amerika nun. Untuk melengkapkan definisi seorang lelaki, seseorang itu haruslah mendengar lagu2 rock,indie dan lain2.


7) Kurus itu "sihat", dan gemok itu "sakit". Banyak je kot case orang kurus yang sakit dan orang berbadan besar yang bebas dari sebarang penyakit.


8) Beriya2 cerita pasal politik sana sini, tapi bila ditanya samaada dah daftar pengundi atau belum, jawapannya a big BELUM. Woof woofff.


9) Bila orang puji sikit2, akan dijawab "ala, takdelah mahal mana LV I ni. Biasa2 je. Coach you apa kurangnya ".Well sebenarnya orang yang bercakap tu nak suruh orang yang memuji tu puji lebih lagi.


10) Merasakan berkawan dengan seseorang artis atau selebriti tu sesuatu yang membanggakan dan patut diketahui oleh rakan2 yang lain walaupun "artis" itu peserta pertama yang tersingkir dalam mana2 rancangan realitivi tanahair.


11) Orang yang berbahasa inggeris dengan slanga itu adalah hebat, biarpun pengetahuan vocabnya sangat terhad.


Ok lah, terlebih satu point lak. Tadi kata 10 je. Apapun, itulah serba sedikit pasal orang kita, particularly (kebanyakan-bukan semua) orang Melayu. Ada antara yang aku point kat atas tu kita lakukan tanpa sedar pun sebab dah tertanam dalam otak sejak dari kecik lagi. Dan untuk mengubahnya adalah sesuatu yang agak janggal dalam kehidupan seharian.


Ibarat dah biasa sarapan roti canai, tiba2 bertukar makan oat and french toast. Bukan tak sedap, tapi lain "kenyang"nya. Make sense tak contoh aku bagi ni? Haha.