Monday, January 3, 2011

bila ditanya pasal cinta


Tengok tajuk, aku rasa banyak nak cakap. Eceh, macam banyak pengalaman pulak aku ni. Aku just nak cerita pemerhatian aku, pandangan aku, tentang lelaki dan wanita. Sebelum ni banyak kali aku nak tulis, tapi takut kena cop gatal pulak tulis pasal ni. Sebok fikir pasal lelaki, belajar pun tak habis. Haha.. Ya, aku memang suka fikir macam-macam kalau nak tulis sesuatu. Takut orang cakap itu ini. Tapi bila lihat orang lain tulis apa yang nak ditulis, tanpa kisahkan pandangan orang lain, aku pun nak buat jugak. Boleh kan? Asalkan aku tak ajak korang buat jahat sudah. Kan? Kan?

Bila aku lihat gambar-gambar kawan aku dan kawan kepada kawan aku yang dah kahwin, aku baru sedar yang aku sudah cukup besar untuk berkahwin.

21 tahun. Mama kahwin umur 20 tahun. Umur begini mama sudah ada seorang anak.

Aku? Calon pun tak ada. HAHA HAHA

Kenapa aku tak ada lagi?

Aku rasa takut nak jawab "Tak ada siapa nak aku" bila orang tanya kenapa aku masih takde calon. Sebab kalau orang yang bertanya tu lelaki, ramai yang jawab 'Aku nak kat kau. Kau yang taknak aku."kau tu memilih sangat.yang ada depan mata kau tak pandang!

Gulp.

eh cakap senang laa.hati aku yang sakit dulu tak hilang lagi.mmg aku mmemilih sbb aku tak nak tertipu macam dulu.sakit dia aku yang rasa bukan korang yang rasa. Well you know, lelaki ni dengan semua orang dia buat ayat manis. HAHA HAHA. Tapi betul weh. Aku tahu perempuan ni kalau lelaki panggil sayang pun rasa seronok dah. Hampir nak cair dah. Sikit je lagi nak capai melting point dia. Perempuan ni hati dia memang lembut. Memang senang nak tawan kalau kena caranya. Tapi wahai wanita sekalian, jangan tertipu okeh. Aku sedih bila ada kawan-kawan aku yang terperasan lelaki tu suka dia sebab ayat lelaki tu manis tak hengat punya. Lepas tu lelaki tu dengan perempuan lain pulak. Frust menonggeng la kawan aku tu. Jadi wanita sekalian, kita cool je okeh. Bila ada ayat-ayat manis dari lelaki yang konon baru nak rapat-rapat, jangan mudah cair! Ini serius!

Okay okay. Aku tak cakap ni SEMUA. Tapi ni berdasarkan observation aku je. Tak semua lelaki itu buaya, dan tak semua perempuan itu mudah cair

Untuk lelaki, aku cukup pantang kalau ada lelaki yang suka sangat bagi ayat manis tahap ngorat kat semua perempuan. Tolonglah. Jangan mainkan perasaan perempuan. Aku sedih bila ada perempuan yang dikecewakan, sebab aku sayangkan perempuan.

Aku sayang perempuan,seriusly!

Kenapa aku takde calon?

Bukan takde sapa nak aku.

Dan aku cakap aku tak ada rasa nak kahwin pun. Tapi aku nak ada anak.

Pelik kan?

Sebabnya, aku jenis berfikir terlalu banyak. Dan yang nyata, aku takut dengan perkahwinan.

Aku jenis yang degil, suka melawan, malas pulak tu. Jadi aku takut aku tak dapat jadi isteri yang baik. Takut aku tak dapat tunaikan tanggungjawab aku dengan sempurna. Sebab, bila dah ada suami, kita perlu taati dia dahulu sebelum ibu dan ayah kita sendiri. Syurga kita bukan lagi di bawah tapak kaki ibu, tapi di bawah tapak kai suami pula.

Ada satu hadis tu, Rasulullah cakap, "Kalaulah manusia ni boleh sujud pada manusia, sudah tentu aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suami mereka."

Dan ada satu lagi pesanan Aisyah r.a. bahawa "Sekiranya para isteri mengetahui akan apa yg dipertanggungjawabkan keatas mereka dari suami mereka, nescaya mereka akan menyapu debu2 ditapak kaki suami dengan pipi mereka"

Apa perasaan anda wahai wanita bila membaca dua pesanan itu? Tak ada rasa apa-apa?

Aku sangat takut jika tidak dapat menunaikan tanggungjawab seorang isteri bila membacanya.

Perempuan ni senang je nak masuk syurga. Jaga solat, tutup aurat, jaga kehormatan, dan taat pada suami.

Ada 4 je. Senanglah kita nak masuk syurga macam ni kan?

Tapi kenapa majoriti penghuni neraka adalah wanita? Pernah tak kita terfikir?

Kebanyakan penghuni neraka adalah isteri yang banyak merungut tentang suaminya. MashaAllah. Takutnya aku.


Kalau suami tidak redha pada kita pada malam hari, maka kita akan dilaknat sampai ke subuh. Dan apa akan jadi kalau kita tak sempat memohon maaf lalu ditakdirkan Allah kita meninggal dunia?

Maka kita sudah menempah satu tempat di neraka.

Ya Allah!

Kadang-kadang mahu menangis bila fikirkan benda ni. Tapi orang lain seronok bila fikir pasal kahwin. Aku menangis pulak. Pelik betul aku ni kan?

Aku rasa, aku perlu perbaiki diri menjadi seorang yang mudah taat. Seorang yang penyabar. Seorang yang rajin. Kerana untuk melangkah ke alam perkahwinan itu bukan hanya memerlukan persediaan dari segi kewangan sahaja. Banyak yang perlu diambil kira.

Itu satu hal.

Ada satu lagi perkara yang buat aku berfikir terlalu banyak bila sebut tentang perkahwinan.

Aku takut perkahwinan aku tak kekal bahagia hingga ke syurga.

Sekarang, kalau anda perasan, terlalu banyak kes cerai-berai pasangan Islam di Malaysia. Seolah-olah perkahwinan itu adalah perkara main-main. Dan drama Melayu pula banyak menunjukkan perkahwinan yang tidak bahagia. Suami kaki pukul, tak setia, panas baran. Isteri main kayu tiga, degil, pemalas.

Dan aku akui, aku agak terpengaruh dengan cerita sebegitu. Aku takut suami aku nanti bukan seperti yang aku sangkakan. Aku takut suami aku tak setia. Aku takut bila aku dah tua, dah gemuk, dah tak cantik dia cari perempuan lain. Aku takut nanti aku malas masak, dah masak tak sedap pulak tu, dia penuhkan kuota sampai 4.

Macam kelakar kan. Pemikiran budak-budak. Tapi itulah yang membelenggu aku selama ni sampai aku rasa takut untuk kahwin.

Aku bukanlah mengharapkan seorang yang sempurna untuk hadir dalam hidup aku. Sama sekali tidak.

Aku sebenarnya takut kalau aku tak dapat menerima kekurangan suami aku.

Macam pernah aku tulis pada entry sebelum ini, aku mahu mencintai segala tentang dirinya. Aku mahu dia jadi dirinya sendiri.

Tapi aku takut sekali, kalau aku tidak dapat melakukan perkara itu. Aku takut ada kekurangannya yang aku benci, sehingga melunturkan sayang aku padanya. Aku takut aku tidak bersyukur menerima dia sebagai suamiku. Aku takut aku akan membandingkan dia dengan suami orang lain, sehingga kecil hatinya atas perbuatanku.

Kerana aku juga bukan manusia sempurna. Tapi aku amat berharap aku boleh jadi wanita yang membahagiakan, dan sentiasa bersyukur.

Dan ketakutan ini masih menghantui aku hingga kini.

kepada jejaka bergigi besi diluar sana.hai awak boleh berkenalan?HAHA HAHA

No comments:

Post a Comment