Monday, January 10, 2011

hilang akal



aku dah rasa macam hati aku baru kene siat siat.alahai macam ikan kembung sebelum nak bakar kene buang kulit tuh.padehal cinta aku dah berakhir dah setahun.tapi yek yek sedih macam baru semalam berpisah.kau pon ntah dah bahagia ngan sape pon aku tak tau.kenapa la masa last jumpa kau tak bawak pistol tembak tepat kat dahi aku.tadela aku rasa sakit macam ni

amboi shazwani malam ni macam lain macam,rasa macam nak melalak kuat kuat sampai kau dengar dan kau cuba paham.aku bukan nak raih simpati tapi aku nak cakap aku rindu.

mmg orang cakap senang ayat aku bahagia bila kau bahagia dengan orang yang kau sayang tapi tak macam bekecai pulak jantung hati aku.cuba lu org try tgk.sape mampu bertahan wa kasi coki coki satu kotak.amacam deal?HAHA HAHA

Tuesday, January 4, 2011

realiti atau fantasi

nur khalyza shazmeen:awak kawan terhebat pernah saya ada.banyak kan kenangan kita bersama dari hari pendaftaran collage sampai la sekarang.kalau nak diingatkan balik dah boleh jadi novel.betul awak tak tipu.yang paling tak boleh bla bla tu kita penah duduk satu rumah sebesar alam hanya berdua je.nmpak sangat kita mmg jenis tak bergaul kan,kita pon pelik awak.nak kata tak berkawan tu dah jenuh dah saya jadi peramah.haishh apelah naseb.tapi saya happy sbb saya tak perlu ramai kawan sbb sorang pon dah buat saya nanges dah happy sampai tak ingat dunia :)

fahmi zolkifly:ini budak jangan cakap la.sejauh mana wa lari.semakin dekat dia datang,selama mana wa menghilang.selama tu jugak dia kekal dalam ingatan.tahniah bro.lu kawan lelaki terbaik gua.hati lu kental sbb layan kerenah budakecik macam wa ni der.kali ni ntah berapa juta kali lu doakan wa dapat jodoh yang baik.tak kesampaian la der.mana tau jodoh lu ngn wa kan?wa tau lu suka baca ayat ni.HAHA HAHA.kalau dah jodoh tak kemana awak.terima kasih banyak banyak,tak terungkap rasanya nak cakap terima kasih melalui kata kata atas pengorbanan awak untuk saya.abg fahmi jaga adik onie elok elok tau.auchh i loikeee.HAHA HAHA

anne nordin:budak bawahan tahun yang perangai macam atasan tahun.yang banyak ajar aku erti hidup kadang kadang.walaupun aku rasa kitorang sama je tak terurus.aku berenti kolej dia pon berenti kolej,bak kata dia budak lahir bulan 4 mmg sesuai kawan dengan budak lahir bulan 8.sbb tu lah jodoh kita melekat.bagi aku kalau kau jate dah lame den rembat weh.HAHA HAHA.sekarang jalan hidup dia yang gelap semakin diterangi cahaya KLMU.HAHA HAHA.selamat berjaya adik ku.ingat pesanan kakak mu ini.kalau nak terang lagi.pinjam lampu suluh dari kakak.bab putus kawan putus cinta dia tempat aku meluah.dia telan segala isi perut limpahan muntahan kerenah aku tanpa kenal erti jemu.padehal aku kenal kau dari fahmi.see aku hanya kawan dari kawan punya kawan.tak macam korang yang senang dapat kawan :)

khalyza shafiqa
:adik kepada si mynn ni ha.pasangan terhebat aku tahun lepas bab putus cinta.korang bayangkan lah kitorang putus cinta sama time.nak nak time nak daftar kat kuantan dari seremban ke kl dari kl ke kuantan.dari kuantan patah balik kl.lagu yang kami bukak kat radio if i were a boy dengan Russian Roulette,sampai ke sudah.sampai rosak cd wa kata sama lu der.fahmi ngn mynn dalam kereta time tu mesti dah rasa macam sanggup jadi pekak dari melayan kerenah kitorang.tapi apa nak buat.org org putus cinta mmg kene diberi layanan istimewa.ye ke dok?HAHA HAHA.sebagai seorang kakak yang berhati mulia yang sentiasa mendoakan kebahagiaan adiknya.kakak harap temulah kebahagiaan dalam perpisahan jgn diingat sangat pesanan buat kekasih tu.tettttt papa americano kan ada.auchhh lagi sedap nyah ;)

alip,madihah,iwan,bell,abel,nabil.azuan kusairi,yaya zainal,amanda,terima kasih menjadi sebahagian dalam hidup saya.

firdaus karot,jajat,fitree,haziq,khaf,hafizuddin,sue zara,eili alia,mior,farah,syafiq,farah hanis,wan azmi,walaupun hanya di fantasi,tapi korang mmg best weh ;)

tak perlu kawan beribu berjuta cukup la sekadar ada teman untuk bergelak tawa sambil nanges bersama.i love u guys with all my heart.ikhlas bingkisan hati dari shazwani idris ;)

oh ARTIS!


gaya kau hot beriya bagai nicole richie wannabe
bawak beg guess dan jalan bergaya dengan high heels vincci
pakai mini skirt zara dipadankan dengan t-shirt dorothy perkins
bawak set make up mac dan sembur perfume paris hilton edisi terhad
keluarkan wallet louis vuitton dan purse roxy
jalan ala ala bakal next top model malaysia
speaking menyembur lagak orang yang duduk di london
makan di restoran western dan menjaga protokol persis anak raja
ke hulu ke hilir dengan goodie bag juicy couture
di tengah hari terik baju sejuk mng disarung ke badan

tapi sayangnya

nak masuk toilet pun
30sen mintak membe bayarkan.

Monday, January 3, 2011

bila ditanya pasal cinta


Tengok tajuk, aku rasa banyak nak cakap. Eceh, macam banyak pengalaman pulak aku ni. Aku just nak cerita pemerhatian aku, pandangan aku, tentang lelaki dan wanita. Sebelum ni banyak kali aku nak tulis, tapi takut kena cop gatal pulak tulis pasal ni. Sebok fikir pasal lelaki, belajar pun tak habis. Haha.. Ya, aku memang suka fikir macam-macam kalau nak tulis sesuatu. Takut orang cakap itu ini. Tapi bila lihat orang lain tulis apa yang nak ditulis, tanpa kisahkan pandangan orang lain, aku pun nak buat jugak. Boleh kan? Asalkan aku tak ajak korang buat jahat sudah. Kan? Kan?

Bila aku lihat gambar-gambar kawan aku dan kawan kepada kawan aku yang dah kahwin, aku baru sedar yang aku sudah cukup besar untuk berkahwin.

21 tahun. Mama kahwin umur 20 tahun. Umur begini mama sudah ada seorang anak.

Aku? Calon pun tak ada. HAHA HAHA

Kenapa aku tak ada lagi?

Aku rasa takut nak jawab "Tak ada siapa nak aku" bila orang tanya kenapa aku masih takde calon. Sebab kalau orang yang bertanya tu lelaki, ramai yang jawab 'Aku nak kat kau. Kau yang taknak aku."kau tu memilih sangat.yang ada depan mata kau tak pandang!

Gulp.

eh cakap senang laa.hati aku yang sakit dulu tak hilang lagi.mmg aku mmemilih sbb aku tak nak tertipu macam dulu.sakit dia aku yang rasa bukan korang yang rasa. Well you know, lelaki ni dengan semua orang dia buat ayat manis. HAHA HAHA. Tapi betul weh. Aku tahu perempuan ni kalau lelaki panggil sayang pun rasa seronok dah. Hampir nak cair dah. Sikit je lagi nak capai melting point dia. Perempuan ni hati dia memang lembut. Memang senang nak tawan kalau kena caranya. Tapi wahai wanita sekalian, jangan tertipu okeh. Aku sedih bila ada kawan-kawan aku yang terperasan lelaki tu suka dia sebab ayat lelaki tu manis tak hengat punya. Lepas tu lelaki tu dengan perempuan lain pulak. Frust menonggeng la kawan aku tu. Jadi wanita sekalian, kita cool je okeh. Bila ada ayat-ayat manis dari lelaki yang konon baru nak rapat-rapat, jangan mudah cair! Ini serius!

Okay okay. Aku tak cakap ni SEMUA. Tapi ni berdasarkan observation aku je. Tak semua lelaki itu buaya, dan tak semua perempuan itu mudah cair

Untuk lelaki, aku cukup pantang kalau ada lelaki yang suka sangat bagi ayat manis tahap ngorat kat semua perempuan. Tolonglah. Jangan mainkan perasaan perempuan. Aku sedih bila ada perempuan yang dikecewakan, sebab aku sayangkan perempuan.

Aku sayang perempuan,seriusly!

Kenapa aku takde calon?

Bukan takde sapa nak aku.

Dan aku cakap aku tak ada rasa nak kahwin pun. Tapi aku nak ada anak.

Pelik kan?

Sebabnya, aku jenis berfikir terlalu banyak. Dan yang nyata, aku takut dengan perkahwinan.

Aku jenis yang degil, suka melawan, malas pulak tu. Jadi aku takut aku tak dapat jadi isteri yang baik. Takut aku tak dapat tunaikan tanggungjawab aku dengan sempurna. Sebab, bila dah ada suami, kita perlu taati dia dahulu sebelum ibu dan ayah kita sendiri. Syurga kita bukan lagi di bawah tapak kaki ibu, tapi di bawah tapak kai suami pula.

Ada satu hadis tu, Rasulullah cakap, "Kalaulah manusia ni boleh sujud pada manusia, sudah tentu aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suami mereka."

Dan ada satu lagi pesanan Aisyah r.a. bahawa "Sekiranya para isteri mengetahui akan apa yg dipertanggungjawabkan keatas mereka dari suami mereka, nescaya mereka akan menyapu debu2 ditapak kaki suami dengan pipi mereka"

Apa perasaan anda wahai wanita bila membaca dua pesanan itu? Tak ada rasa apa-apa?

Aku sangat takut jika tidak dapat menunaikan tanggungjawab seorang isteri bila membacanya.

Perempuan ni senang je nak masuk syurga. Jaga solat, tutup aurat, jaga kehormatan, dan taat pada suami.

Ada 4 je. Senanglah kita nak masuk syurga macam ni kan?

Tapi kenapa majoriti penghuni neraka adalah wanita? Pernah tak kita terfikir?

Kebanyakan penghuni neraka adalah isteri yang banyak merungut tentang suaminya. MashaAllah. Takutnya aku.


Kalau suami tidak redha pada kita pada malam hari, maka kita akan dilaknat sampai ke subuh. Dan apa akan jadi kalau kita tak sempat memohon maaf lalu ditakdirkan Allah kita meninggal dunia?

Maka kita sudah menempah satu tempat di neraka.

Ya Allah!

Kadang-kadang mahu menangis bila fikirkan benda ni. Tapi orang lain seronok bila fikir pasal kahwin. Aku menangis pulak. Pelik betul aku ni kan?

Aku rasa, aku perlu perbaiki diri menjadi seorang yang mudah taat. Seorang yang penyabar. Seorang yang rajin. Kerana untuk melangkah ke alam perkahwinan itu bukan hanya memerlukan persediaan dari segi kewangan sahaja. Banyak yang perlu diambil kira.

Itu satu hal.

Ada satu lagi perkara yang buat aku berfikir terlalu banyak bila sebut tentang perkahwinan.

Aku takut perkahwinan aku tak kekal bahagia hingga ke syurga.

Sekarang, kalau anda perasan, terlalu banyak kes cerai-berai pasangan Islam di Malaysia. Seolah-olah perkahwinan itu adalah perkara main-main. Dan drama Melayu pula banyak menunjukkan perkahwinan yang tidak bahagia. Suami kaki pukul, tak setia, panas baran. Isteri main kayu tiga, degil, pemalas.

Dan aku akui, aku agak terpengaruh dengan cerita sebegitu. Aku takut suami aku nanti bukan seperti yang aku sangkakan. Aku takut suami aku tak setia. Aku takut bila aku dah tua, dah gemuk, dah tak cantik dia cari perempuan lain. Aku takut nanti aku malas masak, dah masak tak sedap pulak tu, dia penuhkan kuota sampai 4.

Macam kelakar kan. Pemikiran budak-budak. Tapi itulah yang membelenggu aku selama ni sampai aku rasa takut untuk kahwin.

Aku bukanlah mengharapkan seorang yang sempurna untuk hadir dalam hidup aku. Sama sekali tidak.

Aku sebenarnya takut kalau aku tak dapat menerima kekurangan suami aku.

Macam pernah aku tulis pada entry sebelum ini, aku mahu mencintai segala tentang dirinya. Aku mahu dia jadi dirinya sendiri.

Tapi aku takut sekali, kalau aku tidak dapat melakukan perkara itu. Aku takut ada kekurangannya yang aku benci, sehingga melunturkan sayang aku padanya. Aku takut aku tidak bersyukur menerima dia sebagai suamiku. Aku takut aku akan membandingkan dia dengan suami orang lain, sehingga kecil hatinya atas perbuatanku.

Kerana aku juga bukan manusia sempurna. Tapi aku amat berharap aku boleh jadi wanita yang membahagiakan, dan sentiasa bersyukur.

Dan ketakutan ini masih menghantui aku hingga kini.

kepada jejaka bergigi besi diluar sana.hai awak boleh berkenalan?HAHA HAHA