Dan tak cukup-cukup lagi ke menipu? Pada pengalaman dan pandangan aku yang miopia ni, bukan semua mangsa tipu tak tau yang dia ditipu. Antaranya memang tau yang dia tu sedang kena tipu tapi relakan dan biarkan juga si penipu terus menipu. Kenapa ya? Entah… tapi aku rasa dan rasa-rasa serta dirasa-rasa, mungkin sebab cinta? Rasa cinta teramat kepada lelaki atau perempuan yang sebenarnya sedang menipu dia sampai merelakan diri ditipu? Hmmm macam tak logik le pulok.But then again, sejarah dah membuktikan dalam banyak peristiwa bahawa cinta bukan sahaja buta, tapi juga boleh buat orang pandai jadi bodoh.
Tak apa bercinta dengan orang bodoh. Tapi jangan diperbodohkan cinta, tak gitu? Setuju? Memang pure bodoh le tu.Jadi? Apa harus dibuat? Entah.Tapi aku rasa life will be a great lots of fun kalau si penipu bertemu si penipu. Apa kata kita lawan tipu sama tipu? Amacam…?
No comments:
Post a Comment